Polis buru penjaga parkir mabuk belasah 'abang rider'


  • Benua
  • Sabtu, 29 Okt 2022

Tangkap layar video aksi penjaga parkir ketika sedang membelasah seorang penghantar makanan.

SEORANG penjaga parkir bertindak agresif ke atas seorang lelaki di sebuah restoran dekat Kota Bogor, Indonesia.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), penjaga parkir yang didapati sedang mabuk itu dilihat membaling batu dan memukul penghantar makanan, yang sedang menunggu pesanan untuk dihantar kepada pelanggan.

Video tersebut kini berlegar-legar di media sosial dan mendapat kecaman orang ramai.

Difahamkan, penjaga parkir itu pernah bekerja di tempat meletak kenderaan di tempat lain, selain sering mabuk ketika waktu bekerja.

Polis Bogor Pusat kini memburunya manakala suspek berada dalam senarai dikehendaki.

Berdasarkan maklumat awal, beberapa cawangan restoran berkenaan menggaji penjaga parkir disebabkan mereka mempunyai ramai pelanggan.

Pelanggan yang meletakkan kenderaan di kawasan restoran itu dikenakan harga sebanyak Rp2,000 (60 sen) bagi penunggang motosikal, manakala Rp3,000 (90 sen) bagi mereka yang membawa kereta.

Sementara itu, penghantar makanan tidak dikenakan sebarang caj meletak kenderaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram