![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2022/10/23/1788253.jpeg)
SEORANG wanita maut selepas seorang pemandu disyaki mabuk merempuh dua pejalan kaki dan tiga kereta lain dalam satu kejadian yang berlaku di Kajang, Selangor.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, kejadian itu berlaku pada Sabtu berhampiran sebatang jalan menghala ke Taman Sri Langat.
Katanya, dua pejalan kaki dilanggar dan salah seorangnya maut dalam perjalanan ke hospital akibat mengalami kecederaan serius,
“Ujian ke atas pemandu mendapati dia memandu di bawah pengaruh alkohol. Dia direman selama empat hari bermula Ahad,” katanya.
Sementara itu mangsa kedua mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan.Siasatan lanjut sedang dijalankan.— Majoriti