[VIDEO] Pemandu mabuk pecut di siang hari, 2 nyaris maut akibat dirempuh


  • Benua
  • Khamis, 27 Okt 2022

Tangkap layar memaparkan keadaan dua buah kenderan yang dirempuh teruk oleh seorang pemandu mabuk.

SEORANG pemandu mabuk yang bertindak merempuh dua kenderaan ditangkap di Wisconsin, Amarika Syarikat.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 9.20 pagi Sabtu lalu itu melibatkan laluan menuju ke bandar Eau Claire di persimpangan Clairemont Avenue dan Menomonie.

Kejadian tersebut dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan dikongsikan oleh Fox 9 Minneapolis di Youtube sehingga mendapat lebih 14 juta penonton.

Menerusi rakaman CCTV tersebut, pemandu mabuk itu melanggar sempadan jalan dan merempuh dua lagi kereta di sebelah kanan termasuk sebuah di kawasan parkir.

Pihak berkuasa melaporkan lelaki itu memandu di bawah pengaruh alkohol dan ujian pernafasan yang dilakukan mencatatkan angka 0.242.

Pemandu tersebut ditangkap atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan membahayakan keselamatan pengguna lain.

Laporan menyatakan mangsa dan pemandu tersebut mengalami kecederaah parah.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram