SEKUMPULAN pengunjung sebuah kelab malam di Sabah mencetuskan kekecohan di luar kawasan premis apabila terlibat dalam pergaduhan baru-baru ini.
Tanpa mengira jantina sama ada lelaki mahupun wanita, mereka kelihatan asyik bergaduh dan bertegang urat.
Bagaimanapun punca kejadian tidak dapat dikenal pasti.
Berdasarkan video yang dimuat naik ke media sosial, kelihatan seorang wanita yang mengenakan skirt pendek berwarna biru turut terlibat dalam pergaduhan itu.
Dia turut ditenangkan oleh pengunjung lain memandangkan kelihatan seperti sedang marah,
Namun wanita berkenaan menjadi semakin agresif sehingga terpaksa dibawa pergi oleh dua individu.
Pergaduhan tersebut tetap diteruskan dan tidak kelihatan mana-mana pihak mahupun pengurusan kelab malam berusaha untuk meleraikan mereka.
Waktu kejadian tidak dapat dikenal pasti, namun melihat kepada video keleb malam terbabit masih meneruskan operasi.
Kelihatan juga seorang lelaki cuba untuk melarikan diri, namun sempat dikejar oleh beberapa individu termasuk wanita skirt pendek itu.
Difahamkan juga pergaduhan itu berlaku disebabkan beberapa pengunjung membuat kecoh disebabkan mereka mabuk.
Puluhan individu lain hanya melihat kejadian berkenaan dan tidak masuk campur. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram