MULUT celupar seorang pelacur mengundang padah apabila mati dibunuh seorang nelayan dalam kejadian di Indramayu, Indonesia pada Rabu.
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 23 saat di media sosial yang memaparkan kejadian sebelum pembunuhan tersebut dilakukan.
Kejadian dilaporkan berlaku selepas mangsa menghina lelaki terbabit miskin kerana tidak mampu membayar kos langganan sebanyak RM90.
Akibat rasa terhina, suspek yang berusia 31 tahun itu berang dan terus membunuh mangsa di dalam rumah sewa wanita berkenaan.
Suspek melarikan diri selepas membunuh wanita terbabit.
Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Shella berusia 21 tahun ditemui mati dengan kesan luka pada bahagian badan.
Menurut Laporan 7, sebelum melakukan hubungan seks, suspek telah memberitahu tidak mempunyai wang sebanyak RM90 dan hanya mampu membayar sebanyak RM15 manakala baki hutang akan diselesaikan kemudian.
"Suspek juga dikatakan mabuk sebelum kejadian dan telah membuat tempahan perkhidmatan pelacuran menerusi aplikasi MiChat dengan bayaran sebanyak RM90 di rumah sewa mangsa.
"Bagaimanapun, sebaik berjumpa, suspek tiba-tiba memberitahu tidak mempunyai wang mencukupi membuatkan mangsa berang dan terus menghina lelaki terbabit miskin kerana tidak mampu membayar," katanya.
Tambah Laporan 7, suspek yang berang dengan penghinaan itu terus bertindak agresif dengan membunuh mangsa di rumah sewa tersebut.
"Suspek kemudian melarikan diri namun berjaya ditangkap dengan bantuan penduduk setempat," jelasnya — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram