[VIDEO] Gara-gara mi segera dimakan adik, anak derhaka sanggup bakar kaki ibu


  • Benua
  • Selasa, 18 Okt 2022

Mangsa kini hanya mampu terbaring menahan kesakitan di rumah ekoran kakinya yang melecur teruk.

HANYA disebabkan mi segera dimakan adiknya, seorang lelaki bertindak luar jangka apabila sanggup membakar kaki ibunya akibat berang dengan perkara itu.

Kejadian difahamkan berlaku di Kota Medan, Sumatera Utara pada Ahad lalu.

Siasatab awal polis mendapati, lelaki itu berbuat demikian dalam keadaan mabuk.

Menurut polis, kejadian itu berpunca akibat tindakan adik lelaki tersebut menghabiskan mi segera yang dimasak oleh suspek.

Berang dengan perkara itu, suspek mula bertengkar dengan adiknya sebelum ibu mereka masuk campur untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Suspek bertambah dengan dengan sikap ibunya yang cuba mempertahankan adiknya, menyebabkan dia mengambil sebotol minyak tanah dan terus menyimbah bahan api itu ke kaki mangsa.

Suspek kemudiannya menyalakan api sehingga menyebabkan kaki mangsa terbakar.

Berikutan kejadian itu, pelaku tersebut dibawa ke Balai Polis Medan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Menurut ketua kampung Tegal Sari, Suwandi, suspek marah kerana wanita itu cuba mempertahankan adiknya.

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Polis Kawasan Medan, Philip Purba, mengesahkan kejadian tersebut namun sehingga kini mangsa masih belum membuat laporan polis meminta anaknya itu dibebaskan.

Difahamkan setakat berita ini ditulis, mangsa kini hanya mampu terbaring menahan kesakitan di rumah ekoran kakinya yang melecur teruk. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram