Lelaki miang 'kantoi' rakam 'minah saleh' berbikini


  • Benua
  • Jumaat, 26 Ogos 2022

Tangkap layar video seorang wanita warga asing merampas telefon bimbit milik lelaki yang merakamnya di pantai. — Agensi

SEORANG lelaki kantoi merakam seorang wanita warga asing di sebuah pantai di Indonesia sebelum tular di media sosial.

Difahamkan, kejadian berlaku pada Khamis yang mana sewaktu video dirakam, wanita itu sudah merampas telefon bimbitnya kembali.

Wanita itu kemudian cuba melarikan telefon bimbit lelaki berkenaan sebelum lelaki itu mengejarnya dan merayu untuk dipulangkan kembali telefonnya.

Dalam pada itu, banyak warganet yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap lelaki berkenaan dan bersetuju dengan tindakan wanita itu.

Malah, ada yang meminta supaya wanita berkenaan melemparkan telefon bimbit lelaki itu ke dalam laut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram