Lelaki dayus dikerjakan teman wanita secara terbuka


  • Benua
  • Jumaat, 26 Ogos 2022

Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki dipukul teruk oleh teman wanitanya di khalayak ramai.

TULAR di laman media Instagram apabila seorang lelaki dipukul teruk oleh gadis yang dipercayai teman wanitanya di tempat awam sehingga mengundang kemarahan ramai.

Dipercayai berlaku di negara China, gadis berkenaan bukan sahaja bertindak memijak kepala dan badan lelaki itu, malah turut membaling botol ke arahnya dan terus menendang tanpa henti meskipun beberapa kali cuba dielak.

Selepas ditendang bertubi-tubi, lelaki berkenaan dilihat mula melutut sebagai tanda mohon maaf namun sekali lagi dia dipukul di muka oleh teman wanitanya itu yang bagaikan dirasuk syaitan kerana bertindak ganas tanpa henti.

Menerima pelbagai reaksi daripada netizen, rata-ratanya meluahkan kemarahan di ruangan komen apabila ada yang berpendapat bahawa lelaki itu seperti sudah menjadi 'hamba cinta' kerana sanggup dilayan dengan begitu kejam.

Mommy_abigail berkata: "Kenapa lelaki itu dilayan dengan teruk, macam sudah tiada perempuan lain di muka bumi ini."

Sunaryo pula berkata: "Kalau macam ni, perempuan itu mesti dibawa ke hospital.. nampak seperti ada masalah mental sahaja."

Odie.armand menjelaskan: "Itu bukannya cinta tapi seksaan, belum jadi isteri lagi dah berani pukul macam tu, kalau dah kahwin apa pulak akan jadi."

Mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen, masing-masing berharap agar lelaki itu segera berpisah dan cari wanita lain sebagai pengganti. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram