Pelajar asyik menari dangdut, tak hormat kesucian masjid


  • Benua
  • Jumaat, 26 Ogos 2022

Tangkap layar menunjukkan sekumpulan pelajar yang menari di perkarangan ruang masjid di Indonesia.

TINDAKAN sekumpulan pelajar universiti menari dengan secara tidak senonoh di dalam sebuah masjid tular sejak Khamis.

Kejadian itu dipercayai berlaku di salah sebuah masjid di Indonesia Barat.

Video itu memaparkan pelajar- pelajar universiti tersebut sedang asyik menari dan turut kedengaran lagu dangdut dimainkan dengan begitu kuat.

Dalam video tersebut kelihatan mahasiswa dan mahasiswi universiti itu berkumpul di satu ruang di dalam bangunan masjid tersebut.

Kesemua pelajar tersebut kelihatan leka menari dangdut mengikut rentak muzik lagu itu.

Difahamkan lagu yang dimainkan dangdut yang dimainkan itu berjudul Ojo Dibandingke dan kelihatan beberapa orang pelajar lelaki turut menyanyikan lagu tersebut.

Pada masa sama, turut kedengaran beberapa orang pelajar ketawa dan berteriak dalam masjid tersebut.

Video yang tular itu mengundang perasaan marah orang awam dan ramai warganet mempersoalkan tindakan pelajar-pelajar universiti terbabit yang dilihat seakan-akan tidak menghormati agama. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram