Polis buru lelaki mabuk jahanamkan kereta abang sendiri di Sentul


  • 112
  • Jumaat, 26 Ogos 2022

Seorang lelaki dipercayai mabuk bertindak merosakkan kereta milik abangnya sendiri dalam kejadian di Flat Seri Perak, Sentul, Kuala Lumpur pada Khamis.

GARA-GARA mabuk seorang lelaki diburu selepas merosakkan kereta milik abangnya sendiri dalam kejadian di Flat Seri Perak, Sentul, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, laporan dibuat oleh abang suspek kira-kira pukul 9.11 malam.

"Siasatan dijalankan mendapati dalam kejadian kira-kira pukul 5.17 petang itu, suspek yang berumur 24 tahun itu bertindak memecahkan cermin kereta dengan membaling objek dipercayai batu.

"Selain itu, suspek juga mematahkan pemegang pintu kereta dan mencabut bilah pengelap cermin hadapan kereta tersebut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, ketika kejadian suspek dipercayai dalam keadaan mabuk.

"Polis dalam usaha untuk mengesan suspek yang melarikan diri.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram