SEBUAH warung makan menjadi satu-satunya premis yang terselamat daripada dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jakarta Selatan, Indonesia pada Ahad.
Warung Brebes Pesona Dua Putri itu menjadi tumpuan penduduk setempat kerana premis itu sedikit pun tidak terkesan dengan kebakaran walaupun premis di sebelahnya sudah hangus terbakar.
Malah, tong plastik yang digunakan untuk menyimpan nasi juga masih utuh dan selamat.
Selain itu, penduduk setempat juga menganggap warung itu ibarat dilindungi daripada terbakar kerana sikap murni pemiliknya sebelum ini.
Ini kerana warung sering kali memberikan makanan percuma pada hari Jumaat.
Untuk rekod, sebanyak 398 mangsa hilang tempat tinggal selepas rumah mereka hangus dijilat api dalam kejadian tersebut.
Difahamkan, api marak dengan cepat melibatkan rumah yang dibina dengan rapat disebabkan angin yang bertiup kuat ketika kejadian. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram