Meraba-raba cari kunci, pencuri ala 'James Bond' dirakam CCTV


  • Tular
  • Selasa, 23 Ogos 2022

Tangkap layar seorang lelaki cuba memecah masuk sebuah premis kedai di Cameron Highlands.

TINDAKAN seorang lelaki menceroboh masuk sebuah pusat gimnasium di Cameron Highlands, Pahang terbongkar selepas kelibatnya berjaya dirakam televisen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di luar premis itu dalam kejadian Ahad lepas.

Video tersebut telah dimuat naik pemilik kedai tersebut di akaun TikTok joesfitnessgymch.

"Pusingan kedua. Tak serik," tulisnya

Video tersebut menunjukkan lelaki itu pada mulanya datang dari arah tangga premis berkenaan.

Dia terus menuju ke arah pintu kedai dan meraba-raba pintu tersebut untuk mencari kunci.

Lelaki itu kemudiannya cuba mencari kunci pintu berkenaan di sekitar kawasan tersebut.

Menariknya, pencuri tersebut seakan-akan tahu di mana kunci tu diletakkan oleh pemilik kedai.

Setelah usahanya gagal, lelaki tersebut dilihat mengambil sesuatu dalm poket seluarnya dan terus mengumpil pintu tersebut.

Namun, tindakannya untuk membuka pintu itu juga tidak berjaya.

Menurut pemilik premis berkenaan, kejadian pecah masuk itu bukanlah kali pertama berlaku.

Sebelum ini, premis berkenaan pernah dipecah masuk beberapa hari sebelum kejadian.

"Kemungkinan orang yang sama tapi kita tidak dapat cam," katanya.

Dalam video berasingan, kelihatan seorang lelaki memakai jaket bewarna biru dan keluar dari pintu premis berkenaan.

Lelaki itu dilihat cuba menyelitkan kembali kunci tersebut di atas pintu.

Walaupun sedar akan tindakannya dirakam oleh CCTV, namun lelaki tersebut terus berlalu pergi.

Video tersebut telah mendapat lebih 60,000 tontonan dan rata-rata warganet mengecam tindakan pencuri tersebut.

Salah seorang pengguna TikTok nur@ctzt menyifatkan tindakan lelaki itu seperti James Bond.

"Nampak macam dia tahu tempat biasa kunci itu diselitkan.

"Itu yang dia cari-cari," kata Rose Mawar.

Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram