Tunggulah apa-apa keputusan, kalau buruk saya minta maaf — Najib


Menurut Najib, beliau telah melakukan sedaya upaya dalam mempertahankan dirinya berhubung kes SRC International Sdn Bhd. — Astro Awani

“SAYA minta maaf, saya telah berusaha sedaya upaya," kata Datuk Seri Najib Razak di hadapan penyokongnya di pekarangan Istana Kehakiman, Presint 2, Putrajaya.

Ujar bekas Perdana Menteri itu, perjuangan mesti diteruskan sehingga kemenangan berpihak kepadanya.

"Sekarang ni kita tunggu lah apa-apa keputusan, kalau buruk, saya minta maaflah," katanya pada Selasa.

Menerusi perkongsian media, penyokong Najib masih berkumpul di luar Istana Kehakiman walaupun hujan turun sebentar tadi.

Sementara itu, pihak keselamatan terus memperketatkan kawalan di dalam dan luar mahkamah bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Najib, 69, membuat rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram