PERNAH berada dalam kedudukan goyah sewaktu di pertengahan musim Liga Super, Terengganu FC (TFC) kini boleh dikatakan sudah kembali menemui rentak permainan mereka.
Namun, berbaki beberapa lagi perlawanan sebelum tamat Liga Super, status Nafuzi sama ada kekal bersama pasukan untuk musim depan juga belum diketahui.
Sedangkan rata-rata penyokong mahu pengendali itu terus kekal bersama TFC musim depan, apatah lagi pasukan itu kini berada dalam landasan yang betul.
Seorang penyokong TFC, Wan Ami Sagar berkata, DNA yang cuba diterapkan Nafuzi boleh dianggap antara yang terbaik dalam liga.
Nafuzi bersama pemain TFC ketika sesi latihan. — Facebook/TFC
"Bangunkan DNA dari peringkat bawah sampai ke skuad utama. Naikkan seberapa ramai lagi pemain muda yang berwibawa.
"Skuad yang ada sekarang pun sudah mantap cuma perlu sedikit penambahan terutamanya bahagian serangan yang agak tumpul.
"Kalau asyik ulang perkara sama, reset dan reset, bila skuad nak membangun dengan jaya. Jadikan Pahang dan Selangor sebagai pengajaran," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penyokong TFC, Nang Legend Terengganu FC turut berharap Nafuzi dapat kekal sehingga dua atau tiga musim lagi.
Aksi pemain TFC, Faisal Halim ketika menentang Selangor FC. — Facebook/TFC
Jelasnya, perkara perlu dilakukan apatah lagi bila menyentuh faktor kewangan dan tidak mahu pasukan terbeban dengan hutang.
"Kalau nak cari jurulatih yang asyik menang tanpa kalah memang tak logiklah. Arsene Wenger pun kemudi Arsenal berapa lama? Ada kalah dan menang.
"Apa yang penting DNA itu tak hilang. Jujur kata, sejak Nafuzi ambil alih TFC, baru nampak taktikal gameplay pasukan.
"Kalau tidak asyik main semberono sahaja. Nak tengok TFC kawal bola pun payah sekali," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram