SEORANG kanak-kanak mengalami trauma sehingga demam selepas rambutnya dipotong oleh guru di sekolah rendah di Indonesia.
Video tersebut dimuat naik oleh ibu kanak-kanak tersebut menerusi akaun TikTok @reva.juliany.
Menerusi video tersebut, wanita itu memberitahu yang anaknya baru memasuki sekolah rendah selama lapan hari.
Jelasnya, menjadi kebiasaan untuk anaknya pula pada pukul 3 petang namun pada hari kejadian, anaknya tiba di rumah kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Kanak-kanak itu juga pulang dalam keadaan rambutnya telah dipotong dengan secara tidak kemas dengan sengaja.
"Ketika itu saya bertanya dan dia memberitahu yang rambutnya telah dipotong oleh guru. Selepas kejadian itu, anak saya mengalami demam selama tiga hari.
"Dia cukup trauma dengan perbuatan guru itu," katanya.
Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial juga tidak bersetuju dengan tindakan sekolah terbabit yang sesuka hati menggunting rambut kanak-kanak berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram