Padah lari 'roadblock', penunggang motosikal 'masak' kena pukul


  • Benua
  • Isnin, 22 Ogos 2022

Pasangan penunggang motosikal tersebut cuba mengelak daripada ditahan pihak polis. — Agensi

SEBUAH video tular aksi pergaduhan melibatkan pasangan penunggang motosikal dan seorang lelaki ketika melarikan diri daripada ditahan pihak polis tempatan dipercayai berlaku di daerah Jawa Tengah, Indonesia.

Tindakan tersebut tercetus apabila pasangan tersebut membunyikan ekzos motosikal mereka dengan kuat dan bertindak melarikan diri ketika operasi road block yang dilakukan oleh polis trafik di kawasan tersebut.

Satu video tular menerangkan kronologi kejadian yang mana ketika itu pasangan penunggang motosikal tersebut cuba mengelak daripada ditahan polis Indonesia.

Tetapi, malang tidak berbau apabila pasangan yang melarikan diri daripada polis itu melanggar sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan dan kemudiannya terjatuh.

Pemandu kereta yang sedang beremosi kerana penunggang motosikal itu hampir mencederakan isteri dan anaknya segera datang ke arah mereka dan membelasah penunggang motosikal yang memakai topi keledar kuning itu.

Akhirnya, polis datang meleraikan keadaan keadaan lebih teruk berlaku. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Polis, Indonesia, Kemalangan, Pukul, Jawa Tengah