Penyokong The Bos Gaurus bagi 4 sebab tak setuju CEO Perak FC pertahan Yusri Che Lah


  • Podium
  • Selasa, 23 Ogos 2022

Penyokong The Bos Gaurus hanya mahu yang terbaik buat pasukan kesayangan mereka. — Agensi

KEKALAHAN 1-3 Perak FC di tangan skuad 'lepasan sekolah', FAM-MSN dalam aksi Liga Perdana pada Ahad membangkitkan lagi kemarahan penyokong The Bos Gaurus.

Keputusan yang memalukan itu menambah tekanan terhadap ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah rentetan daripada prestasi yang tidak memberangsangkan di atas padang.

Lebih teruk lagi, kekalahan itu meletakkan pasukan Perak FC di kedudukan kedua tercorot di dalam Liga Perdana musim ini.

Rata-rata penyokong Perak FC meluahkan rasa tidak puas hati dan mendesak pihak pengurusan untuk memecat jurulatih berusia 46 tahun tersebut secepat mungkin.

Penyokong Perak FC sudah tidak percaya pada strategi dan taktikal Yusri. — Agensi

Namun, cadangan itu ditempelak Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsudin yang menganggap penyokong tidak mengetahui selok-belok pengurusan sebuah pasukan bola sepak.

"Kalau kita tukar jurulatih untuk baki permainan yang ada ini pun, kalau masih turunkan pemain sedia ada, sama sahaja jalan ceritanya.

"Kadang-kadang kita komen sedap tapi tak tahu isi cerita baik tak payah sindir-sindir orang," katanya menerusi laman Facebook.

Melihat kepada kenyataan Bobie Farid, penyokong Perak FC, Aiman Hanafi kemudiannya tampil menjawab: "Tak akan nak terus jadi skuad belasahan baru nak ubah?

"Kalau macam itu, baik kosongkan stadium. Nak tengok fans semua boikot ke? Kami sudah tidak yakin dengan pengurusan Perak FC," kata Adam Zamri pula.

"Semoga Perak boleh kembali gah seperti zaman kegemilangannya suatu ketika dulu," kata Zulkifli Wong.

Aku Penyokong Sejati Seladang pula berkata, tindakan memecat Yusri dengan kadar segera boleh dilihat sebagai satu revolusi persediaan awal kelab bagi musim depan, tambahan pula saingan Liga Perdana bakal dimansuhkan bagi musim 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram