SEORANG suspek kes pemerkosaan dikenali sebagai AG, 18, menyerahkan diri kepada pihak polis selepas mengaku dia tidak tahan tinggal di dalam hutan sepanjang tempoh menjadi pelarian.
AG yang dikehendaki polis telah melarikan diri selama 15 hari kerana disyaki dalang utama kes rogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.
"Suspek dan beberapa rakan jenayahnya melarikan diri ke kawasan hutan dan bersembunyi selama kira-kira 15 hari sebelum menyerahkan diri," katanya.
Ketua Perhubungan Masyarakat Polis Bima, Iptu Adib Widayaka, dalam keterangan bertulisnya mengesahkan penyerahan diri suspek dari Desa Simpasai, Kecamatan Monta, Kabupaten Bima, Indonesia.
Remaja 18 tahun yang juga dikatakan dalang kes pemerkosaan gadis bawah umur kini berada dalam tahanan polis. — Agensi
Kata polis, mereka terdahulu berjumpa dengan keluarga suspek dan meminta mereka memujuknya untuk menyerahkan diri.
"Dalam pertemuan itu, polis memberikan pemahaman kepada orang tuanya bahawa keselamatan remaja itu terjamin jika dia berbuat demikian," katanya.
Selepas empat hari, polis dimaklumkan oleh ahli keluarga bahawa suspek sudah berada di rumah saudaranya di Desa Simpasai.
Mereka kemudian bergegas ke lokasi itu untuk menahan suspek untuk siasatan lanjut.
“Dengan penahanan AG, empat lagi suspek sudah ditahan setakat ini,” katanya sambil memberitahu bahawa pihaknya akan terus memburu lima suspek lain yang masih bebas. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram