SEORANG lelaki warga emas berusia 60 tahun sanggup melakukan jenayah semata-mata mahu memastikan dirinya mempunyai makan dan tempat untuk berteduh di penjara.
Lelaki tersebut yang dikenali dengan nama Pichit ditahan kira-kira pukul 3.30 petang pada Jumaat lalu di Chon Buri, Thailand kerana mencuri tiga ketul sabun.
Pegawai penyiasat Balai Polis Sattahip, Paiboon Laohanawat berkata, lelaki itu memaklumkan yang dia memang sengaja mencuri tiga ketul sabun supaya dia dipenjara.
"Lelaki itu mencuri tiga ketul sabun berharga RM2 setiap satu dari Farmasi Siri-Osoth. Pemilik farmasi yang menghubungi polis supaya lelaki itu ditahan.
"Seorang penduduk setempat yang ingin menyelesaikan masalah tersebut dengan membayar semua sabun yang dicuri.
"Namun, lelaki itu memberitahu yang dia enggan menerima bayaran tersebut kerana mahu memastikan dirinya masuk ke penjara," katanya.
Jelasnya lagi, lelaki itu turut memberitahu jika dia tidak dipenjara, dia mungkin bebas untuk melakukan apa sahaja atau berkemungkinan mati kelaparan.
Namun, jika lelaki itu masuk ke penjara, dia boleh mendapat makan sekurang-kurangnya tiga kali sehari, katil dan bumbung serta mempunyai rakan untuk berbual. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram