Wanita masih hidup selepas terjatuh dari tingkat 21


  • Benua
  • Jumaat, 03 Jun 2022

Wanita terbabit mengalami patah tangan kiri, dan bumbung parkir kereta rosak akibat insiden itu. — Agensi

SEORANG wanita berusia 55 tahun berpantang maut sebelum ajal selepas terjatuh dari sebuah pangsapuri setinggi 21 tingkat, lapor media tempatan.

Wanita itu tergelincir ketika menyidai pakaian di balkon rumahnya di Gading Nias, Kelapa Gading, Jakarta Utara, di Jakarta, Indonesia pada Khamis.

Wanita terbabit mengalami patah tangan kiri, dan bumbung parkir kereta rosak akibat insiden itu.

Ketua Polis Daerah Kelapa Gading Vokky Sagala berkata wanita itu masih memberi respons ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang. Penduduk setempat segera membawanya ke Hospital Gading Nias.

"Dia kini berada dalam keadaan stabil," katanya.

Pihak polis sedang menyiasat punca kejadian itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram