Berang cinta ditolak, pemuda tikam remaja bawah umur 14 kali


  • Benua
  • Rabu, 01 Jun 2022

Orang ramai bergegas menyelamatkan gadis gred 11 itu di Tamil Nadu's Trichy, India yang ditikam sebanyak 14 kali. — Agensi

SEORANG gadis berusia 16 tahun di Tamil Nadu's Trichy, India telah ditikam sebanyak 14 kali oleh seorang lelaki berusia 22 tahun kerana menolak cintanya.

Suspek itu dikenali sebagai Kesavan dan polis sedang memburunya.

Mangsa adalah penduduk Athikulam di Trichy dan sedang belajar di gred 11. Selepas tamat peperiksaan, mangsa dalam perjalanan untuk melawat saudaranya telah dihalang oleh Kesavan berhampiran jejantas kereta api.

Suspek dilaporkan telah mengintai gadis itu dan saudara mangsa memberitahu bahawa tertuduh pernah ditahan di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak atas Kesalahan Seksual, 2012 (POCSO) kerana menculik gadis yang sama pada Jun 2021. Kesavan baru sahaja dibebaskan dari penjara.

Pada hari kejadian, dia memberitahu mangsa bahawa dia telah jatuh cinta dengannya. Apabila gadis itu menolak cintanya, Kesavan telah menikamnya sebanyak 14 kali walaupun sebelum itu gadis tersebut menangis dan meminta tolong. Suspek kemudian melarikan diri, meninggalkan pisau di tempat kejadian.

Beberapa saksi melihat gadis itu jatuh dan berlumuran darah. Mereka segera membawanya ke hospital berdekatan dan mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan lanjut.

Suspek dikenal pasti sebagai penduduk Pothamettupatti, Trichy, dan usaha memburunya sedang giat dijalankan.

“Kami kecewa setiap kali kekejaman seperti ini berlaku, kami tidak dapat mengatasinya. Jenayah sebegini hanya timbul daripada tanggapan bahawa seorang wanita hanyalah alat yang harus bersetuju dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai hati nurani.

Pemikiran yang berleluasa dalam masyarakat mesti diubah melalui pendidikan bersama dengan hukuman yang lebih keras,” tulis Jothimani di dalam Twitter.

Mayat 2

Polis memeriksa mayat suspek yang ditemui di landasan kereta api. Agensi

Kesavan menikam seorang gadis bawah umur sebanyak 14 kali kerana enggan menerima lamaran cintanya. Dia melarikan diri dan tiga unit khas polis sedang memburu untuk menangkapnya.

Bagaimanapun, tertuduh ditemui mati di landasan kereta api pada Selasa. Ketika polis menubuhkan tiga pasukan untuk menangkap suspek mereka telah dimaklumkan tentang mayat di landasan kereta api berhampiran Manapparai.

Polis mengambil telefon bimbit berhampiran mayat dan membawa bapa Kesavan, bagi mengenal pasti mayat itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram