Tertekan pedal minyak, Proton Persona terbabas di Pantai Bersih


  • Tular
  • Khamis, 02 Jun 2022

Pemandu tersebut didakwa telah tertekan pedal minyak sebelum terbabas dan terbalik ke dalam kawasan pantai.

SEBUAH kereta Proton Persona terlibat dalam satu kejadian kemalangan apabila kenderaan tersebut dipercayai terbabas dan terbalik dalam kejadian yang berlaku di Pantai Bersih, Butterworth, Pulau Pinang pada Rabu.

Menerusi perkongsian video oleh @syafid_89 di laman aplikasi TikTok miliknya, kesan daripada kejadian itu, kenderaan berwarna kelabu tersebut mengalami kerosakan teruk apabila bahagian depan kereta itu hancur.

Berdasarkan video berdurasi 10 saat itu, orang ramai cuba membantu pemandu tersebut dengan menarik semula kereta keluar dari kawasan pantai menggunakan trak tunda.

Difahamkan, pemandu Persona tersebut dipercayai tertekan pedal minyak sehingga membuatkan kereta itu bergerak laju sebelum terbabas dan terbalik ke dalam kawasan pantai.

Susulan perkongsian itu, video tersebut mendapat pelbagai reaksi orang ramai di ruangan komen yang berasa simpati kepada pemilik kereta dan ada juga menanyakan tentang punca kejadian tersebut.

WhatsApp Image 2022-06-02 at 11.22.54 AM

Komen orang ramai tentang kejadian tersebut di TikTok.

"Macam mana boleh jadi macam itu, kejadian ini berlaku dekat Pantai Bersih ke?," tanya @Cikmila94.

"Orang dalam kereta macam mana, kereta nampak teruk itu. Semoga orang yang terlibat semua dalam keadaan baik," kata @Bluesrock16.

"Macam mana kereta boleh jatuh dekat situ, orang itu tertekan minyak ke sampai boleh terjerumus masuk dalam pantai," ujar @Ariezaeja77.

"Tak, kenapa boleh jadi sampai macam itu, jalan mana dia lalu? Masalahnya boleh sampai terbalik, sesiapa yang ada dekat situ tolong komen punca kejadian," tulis @Muhdanas643.

Difahamkan pemandu tersebut selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 207,300 tontonan dan 7,862 ribu tanda suka di Tiktok. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram