Bekas orang kuat bola Perak dakwa silap Daud Bakar melabur dalam KDA FC


  • Podium
  • Jumaat, 23 Jan 2026

Daud Bakar mengambil langkah berani dengan membuat pelaburan sebagai pemilik majoriti KDA FC pada 2023. — Facebook/KDA FC

LAPORAN tergempar diterima peminat bola sepak tempatan pada Khamis apabila pemilik Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Mohd Daud Bakar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam kenyataan dikeluarkan, usahawan tanah air itu akan ditahan reman selama empat hari atas tuduhan menipu wang pelabur mencecah RM300 juta.

Menurut laporan, siasatan mendapati dana yang dilaburkan diseleweng tanpa pengetahuan pelabur dengan ia sepatutnya dipulangkan semula selepas tarikh matang perjanjian berakhir dua tahun lalu.

BACA LAGI: Sang Kenari seolah tiada hala tuju, sudah tiba masanya berehatlah Daud Bakar

BACA LAGI: 'Jadikan pengalaman', Daud Bakar dinasihatkan jadi pemilik tunggal KDA FC, usah harap bantuan KFA

PUTRAJAYA, 22 Jan -- Seorang lelaki bergelar Tan Sri antara dua individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam penipuan pelaburan berskala besar dianggarkan bernilai lebih RM300 juta.Suspek berusia 60-an itu direman selama empat hari, bermula hari ini selepas dibenarkan Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Daud Bakar dipercayai individu ditahan SPRM atas penyelewangan dana RM300 juta. Foto SPRM

Penahanan itu turut disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dengan seorang wanita yang juga ahli Lembaga Pengarah syarikat Daud Bakar yang berpangkalan di Kuala Lumpur untuk membantu siasatan kes sama.

Hal tersebut semestinya mencetuskan kejutan, terutama dalam kalangan peminat bola sepak dari Utara yang sebelum ini yakin dengan kehadiran usahawan berusia 60 tahun itu.

Ini selepas pelaburan besar-besaran dibuat pada 2023 membuktikan skuad Sang Kenari berada dalam landasan terbaik untuk bergelar pencabar utama Liga Super.

Bagaimanapun, selepas kira-kira semusim, musibah mula melanda KDA FC dari segi pembayaran gaji dengan masalah tersebut berlanjutan sehingga ke hari ini.

Isu itu turut dikupas bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang berpandangan keputusan Daud Bakar menceburi dunia bola sepak tempatan adalah satu kesilapan.

Hasnul juga pernah terlibat dalam dunia bola sepak lokal selama lima bulan sebagai Presiden PAFA.

"Kesilapan terbesar Tan Sri 'DB' adalah pelaburan dalam pasukan bola Liga Super. Mungkin ini yang menjerut tengkuk para pelabur," tulisnya.

Meskipun hantaran itu tidak memaksudkan Daud Bakar secara jelas, nada daripada perkongsian sebegitu jelas menceritakan nada ingin disampaikan.

Hasnul juga tidaklah asing dengan arena bola sepak tanah air apabila pernah bergelar Presiden PAFA selama lima bulan bermula Ogos 2018.

Namun, ketika itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong itu terlibat dalam kontroversi apabila bergambar secara tidak sopan dengan trofi Piala Malaysia dimenangi Perak FA. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram