Kembali ke dunia kejurulatihan, Hector Bidoglio disebut pengendali baharu kelab Venezuela


  • Podium
  • Khamis, 22 Jan 2026

Bidoglio menikmati tempoh begitu sukses sepanjang lebih semusim bersama skuad Harimau Selatan. — Instagram/Hector Bidoglio

SEPANJANG tempoh kejurulatihan bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio sudah mengecapi pelbagai kejayaan di dalam mahupun di luar padang.

Musim lalu sahaja, pengendali berusia 57 tahun itu berjaya meneruskan dominasi skuad Harimau Selatan dengan menjuarai kesemua empat trofi domestik.

Di pentas Asia pula, sentuhan Bidoglio tidak kurang hebatnya apabila membawa pasukan itu ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite sebelum tersingkir di tangan Buriram United dalam pusingan 16 pasukan terbaik.

BACA LAGI: 'Kegagalan ACLE satu keputusan tidak realistik jika JDT buang Bidoglio'

BACA LAGI: Bekas pengurus Watford disebut ke JDT ganti Bidoglio lepas jodoh terlerai

Xisco Munoz, Sheffield Wedneday manager, appeals during the SkyBet Championship match between Leeds United and Sheffield Wednesday at Elland Road, Leeds on Saturday 2nd September 2023. (Photo by Pat Scaasi/MI News/NurPhoto) (Photo by MI News / NurPhoto via AFP)

Xisco Munoz hadir menggantikan peranan Bidoglio dalam skuad Harimau Selatan.

Kejayaan itu bagaimanapun masih belum cukup untuk mengekalkan peranan jurulatih tersebut selepas posisinya diisi Xisco Munoz yang memiliki reputasi begitu baik.

Tetapi, kejayaan dikecapi sepanjang bersama JDT sudah cukup untuk membuatkan nama Bidoglio disebut-sebut di Amerika Selatan apabila Deportivo La Guaira dilaporkan berminat dengan khidmatnya.

Laporan terbaru daripada Mario Sanchez Ven di laman Instagram pada Rabu menyebut kelab Venezuela itu berminat dengan khidmat jurulatih terbabit.

"Profesor Hector Bidoglio hanya selangkah sahaja lagi untuk dilantik pengendali baharu Deportivo La Guaira, menggantikan Juan Domingo Tolisano.

"Kelab terakhir dalam kariernya merupakan JDT di Malaysia yang mana dia muncul juara sebanyak beberapa kali. Dia juga pernah bersama Aucas di Ecuador, U San Martin di Peru dan Newell's di Argentina," tulisnya.

Deportivo La Guaira merupakan antara pasukan terbaik dalam divisyen negara itu kebelakangan ini selepas menjulang Copa Venezuela 2024 dan Supercopa de Venezuela musim lalu.

Meskipun tidak memiliki nama-nama besar dalam pasukan, tarikan dari kelab tersebut sudah tentu sukar ditolak Bidoglio yang semestinya mahu melebarkan sayap kejurulatihannya.

Seperti dinyatakan di atas, jurulatih itu memiliki pengalaman begitu luas dalam bidang berkenaan, namun tidak mengecapi begitu banyak kejayaan semasa di Amerika Selatan.

Jadi, sekiranya diberi peluang bersama Deportivo La Guaira, dia sudah tentu mahu membuka lembaran baharu dalam karier dengan mencatat lebih banyak momen bermakna. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram