Bolos 2 gol, UM-Damansara belum mengalah kejutkan Terengganu


  • Podium
  • Rabu, 21 Jan 2026

UM-Damansara United memberikan saingan sengit sebelum tumpas kepada Terengganu.

KELAB Liga A1, UM-Damansara United masih belum menyerah kalah dalam misi mencipta kejutan dalam Piala Malaysia.

Walaupun tumpas 0-2 kepada Terengganu FC pada aksi pertama pusingan 16 pasukan di laman sendiri, kelab semi-pro itu masih berharap dapat menyingkirkan skuad Penyu.

Pengendalinya, Ridzuan Abu Shah mengakui kelebihan masih memihak skuad Penyu namun itu tidak terus peluang UM-Damansara untuk melakukan sesuatu.

BACA LAGI: Tiada lagi isu, Slot akui gembira Salah kembali ke skuad Liverpool

BACA LAGI: Dahulu watak ikat JDT di SSI, bekas tonggak Sri Pahang kini penjual kereta

"Kami mengaku yang Terengganu mempunyai kelebihan dan kekuatan, tapi kami juga mempunyai peluang untuk menjaringkan gol.

"Tapi kami tidak mengambil peluang terhadap kesemua peluang itu," katanya.

Dalam aksi pada Isnin, UM-Damansara memboloskan dua gol awal hasil penyudah Rainderson da Costa sebelum Shivan Pillay tertampan bola ke gawang sendiri.

Bagi Ridzuan, dua gol tersebut adalah berpunca daripada kesilapan mereka dan perkara itu mahu diubah apabila UM-Damansara bertandang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Jumaat.

"Kedua-dua gol yang kami bolos datang daripada kesilapan. Gol pertama dari marking longgar dan kedua pula menerusi sepakan percuma.

"Kami akan ke Terengganu dan bermain dengan sebaik mungkin. Kami perlu bermain aksi kedua dengan berhati-hati, tapi dalam masa yang sama perlu menyerang untuk mencipta kebangkitan," jelasnya. — The Star/S. SAKTESH

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram