Dahulu watak ikat JDT di SSI, bekas tonggak Sri Pahang kini penjual kereta


  • Podium
  • Selasa, 20 Jan 2026

Hasnul (kiri) kini menceburi bidang automotif sebagai penjual kereta.

BOLA sepak Malaysia sentiasa mempunyai dramanya saban musim dengan episod masalah tunggakan gaji kelihatan tidak menunjukkan penamatnya.

Isu tersebut membuatkan beberapa kelab yang gagal menguruskan kewangan terpaksa menarik diri daripada bertanding di Liga Malaysia.

Salah satunya adalah Sri Pahang FC yang menarik diri selepas pada permulaan musim 2025/2026 rentetan daripada masalah gaji tertunggak dihadapi mereka.

BACA LAGI: Akaun media sosial digodam, ‘Bruno Fernandes’ sangkal kenyataan rasmi Man United

BACA LAGI: 'Satu piala, Insya-ALLAH', rekomen TMJ buktikan kredibiliti Safuwan Baharudin bersama Selangor

Ia memaksa pemain-pemain Tok Gajah berpindah mendapatkan kelab baharu dengan Azam Azih menyertai Kelantan The Red Warriors sambil Ibrahim Manusi bersama Johor Darul Ta'zim (JDT).

Namun begitu, ada pemain yang terpaksa melupakan bola sepak sepenuhnya dan menceburi bidang berbeza bagi memastikan kehidupan terus berjalan.

Salah seorangnya adalah pertahanan muda, Hasnul Zaim yang kini menjual kereta sebagai punca rezekinya.

Pertahanan tengah itu diingati atas persembahan cemerlangnya mengikat Bergson da Silva pada 2022 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Dalam aksi Liga Super ketika itu melibatkan kedua-dua kelab, Hasnul menampilkan persembahan baik hinggakan Sri Pahang berjaya mengikat JDT 2-2.

Kini beralih bidang, Hasnul bersyukur dengan apa yang diperolehnya sekarang sambil meraih pengalaman bersama di padang bola.

"Enam tahun yang bermakna untuk saya, syukur atas jalan yang diberi," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram