
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan mereka sudah berpisah dengan pengendali pasukan, Hector Bidoglio menerusi satu kenyataan dikeluarkan pada Jumaat.
Dalam hantaran berkenaan, juara Liga Super tersebut menzahirkan ucapan penghargaan kepada jurulatih dari Colombia itu dengan menyenaraikan pencapaian pernah dikecapinya.
"Hector menyertai JDT sebagai ketua jurulatih pada pertengahan musim 2022 sebelum menjawat peranan pengarah teknikal pada 2023 dan kemudian kembali sebagai ketua jurulatih untuk musim 2024-25.
BACA LAGI: JDT hampiri rekrut pertama, 'midfield' kelab liga ke-2 Sepanyol jadi pilihan
BACA LAGI: Belum ada kata putus, Jese harap masih miliki masa depan bersama JDT
"Hector memenangi dua gelaran Liga Super, dua Piala FA, dua Piala Malaysia dan satu Piala Sumbangsih sepanjang khidmatnya bersama Harimau Selatan serta kekal tanpa tewas dalam semua pertandingan domestik," tulisnya.
Awal musim lalu, pengendali berusia 57 tahun tersebut tiba untuk menggantikan Esteban Solari dengan pengalamannya bersama kelab Selatan tanah air tersebut diharapkan mampu membawa perubahan ketara.
Harapan itu sememangnya disaksikan di peringkat domestik kerana JDT tidak mengalami sebarang kekalahan dalam saingan Liga Super dengan hanya dua mata dicicirkan.
Bagaimanapun, di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite, Bidoglio gagal mencatatkan lembaran sejarah baharu bersama kelab itu apabila mereka menamatkan saingan di peringkat 16 pasukan terbaik.
Xisco Munoz dikatakan menjadi calon hangat untuk menggantikan Bidoglio. — Agensi
Kemaraan kurang memberangsangkan itu membuatkan rata-rata penyokong Harimau Selatan mengharapkan perubahan terhadap barisan kejurulatihan dengan nama-nama besar diharapakan dilantik pada pramusim kali ini.
"JDT akan mengumumkan ketua jurulatih baharu sebagai antara usaha kelab untuk terus meningkatkan standard dan meneruskan tradisi kejayaan memenangi piala," tulis kelab itu lagi.
Setakat ini, media Sepanyol kuat mengatakan bekas pengurus Watford, Xisco Munoz sebagai pengendali baharu skuad Harimau Selatan, namun hal tersebut hanya akan disahkan pihak pengurusan.
Keputusan JDT menepikan Bidoglio turut membuktikan usaha kelab untuk melakukan rombaakn besar-besaran kali ini dengan majoriti pemain turut dilaporkan akan ditunjukkan jalan keluar.
Sekiranya hasrat tersebut tercapai, tidak mustahil sekiranya skuad Harimau Selatan dapat menjadi pasukan lebih digeruni di pentas Asia, sekali gus mengharumkan nama negara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram