TONGGAK utama Chelsea, Cole Palmer menikmati tempoh begitu menakjubkan sejak melengkapkan perpindahan ke kelab tersebut dari Manchester City pada musim 2023/24.
Daripada 110 penampilan rasmi bersama The Blues, pemain antarabangsa England itu sudah mencatatkan 48 gol dan 29 bantuan jaringan.
Angka itu memainkan peranan penting ketika membantu pasukan dari London berkenaan menjuarai Liga Europa Konferens UEFA (UECL) 2024/25 dan Piala Dunia Kelab FIFA 2025.
BACA LAGI: Sebelum jadi superstar Chelsea, Cole Palmer pernah 'selisih' Arif Aiman, uji 2 bek Selangor
BACA LAGI: Bukan hanya Cole Palmer, ada 3 lagi bintang EPL saksikan sendiri kualiti pemain Malaysia

Palmer merupakan produk akademi Manchester City sebelum berpindah ke Chelsea. — Agensi
Bagaimanapun, baru-baru ini, timbul khabar angin baharu bahawa Palmer berhasrat untuk pulang ke Manchester atas alasan sukar menyesuaikan diri di ibu negara England itu.
Menurut laporan media antarabangsa, pemain berusia 23 tahun berkenaan tertarik dengan peluang tersebut, termasuk jika tawaran dibuat Manchester United.
Ini kerana perpindahan tersebut memberi peluangnya untuk lebih dekat bersama keluarga dan rakan-rakan di Manchester selepas tidak menikmati tempoh sepanjang berada di England.
Spekulasi tersebut diperkuatkan lagi dengan dakwaan kononnya Palmer merupakan peminat setia skuad The Red Devils dengan bapanya merupakan pemegang tiket bermusim untuk bertahun-tahun lamanya.

No 10 dipakai Palmer dipercayai dipilih bagi mengikuti jejak langkah Rooney. — Agensi
Perasaan berkenaan turut dikaitkan terhadap keputusannya memakai jersi no 10 yang digunakan idolanya, Wayne Rooney sepanjang bersama Manchester United.
Namun, perpindahan itu masih sukar direalisasikan kerana kelab berkenaan kini berada dalam keadaan tidak menentu, baik dari segi pengurusan mahupun kejurulatihan.
Kehadiran pengurus interim, Michael Carrick dilihat belum cukup meyakinkan meskipun baru-baru ini merekodkan kemenangan bermakna ke atas Manchester City.
Tetapi, sekiranya skuad The Red Devils masih mahu ke depan, perubahan besar-besaran perlu diambil, termasuk membuat rombakan terhadap pasukan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
