Disebut pengganti Amorim, Oliver Glasner katanya sudah siapkan laporan taktikal 1,000 muka surat untuk Man United


  • Podium
  • Selasa, 06 Jan 2026

Glasner begitu mahukan jawatan di Man United.

 

 

PEMERGIAN Ruben Amorim yang dipecat sebagai pengendali Manchester United membuka ruang untuk muka baharu mengisi kerusi panas tersebut.

Selepas Amorim disingkirkan usai seri 0-0 menentang Leeds United pada Ahad, beberapa nama sudah mula dilaporkan berada dalam radar kelab tersebut.

Satu nama yang sudah lama dikaitkan adalah pengendali Crystal Palace, Oliver Glanser.

BACA LAGI: Seri lawan Fulham, Wirtz terkejut jaringannya dikira pengadil

BACA LAGI: Jeneral taraf Liga Perancis disebut-sebut ke Selangor, rupanya pernah 'cuti' semusim akibat cedera

Glasner yang sudah dikaitkan dengan tugasan di United sejak awal musim dikatakan begitu mahukan jawatan itu kerana dilihat sebagai anjakan besar dalam kerjayanya.

Malah menurut IndyKaila, Glasner dikatakan sudah cukup bersedia untuk berdepan dengan pengurusan tertinggi United sekiranya dipanggil menghadap.

Glasner dikatakan sudah menyiapkan laporan setebal 1,000 muka surat mengenai taktikal United dengan harapan dapat menambat hati pengurusan tertinggi kelab untuk mendapatkannya.

Dengan persiapan tersebut, Glasner menunjukkan komitmennya untuk meninggalkan Palace dan terus ke United sekiranya ditawarkan kontrak.

Namun begitu, Glasner perlu berdepan persaingan beberapa nama lain seperti Enzo Maresca yang baru dilepaskan Chelsea, Xavi Hernandez serta bekas pemain Man United, Laurent Blanc.

Buat masa ini, tempat Amorim diisi oleh Darren Fletcher yang merupakan pengendali skuad bawah 18 tahun Man United. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram