[VIDEO] Aksi 'backflip' tak menjadi, bintang Leicester hampir patah leher ketika raikan gol


  • Podium
  • Selasa, 23 Dis 2025

Daka hampir mengalami kecederaan serius pada leher selepas terjatuh ketika melakukan aksi backflip pada perlawanan Piala AFCON. — Agensi

BINTANG Leicester City, Patson Daka, hampir mengalami kecederaan leher yang serius selepas terjatuh ketika melakukan aksi akrobatikjungkir balik (backflip) pada perlawanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Pada waktu kejadian, penyerang berusia 27 tahun itu menjaringkan gol penyamaan pada masa tambahan ketika Zambia menentang Mali dalam peringkat kumpulan di Stadium Mohammed V, Casablanca, Morocco pada Isnin.

Gol itu hadir hasil tandukan selepas hantaran silang, berikutan kesilapan pemain Mali, Lassine Sinayoko, yang menganggap dirinya sudah menjaringkan gol kemenangan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Bola sepak dalam Malaysia memang....', isteri pemain Kelantan FA luah kecewa isu gaji, dakwa bola sepak tempatan tidak terjaga

BACA LAGI: Pengadil aksi Selangor-Sabah tak sah? Didakwa sedang jalani penggantungan

Namun, sambutan gol Daka tidak berjalan lancar apabila lengannya gagal menyokong badan semasa melakukan pusingan akrobatik, menyebabkan dia terjatuh di atas leher dahulu di hadapan ribuan penyokong.

Walaupun begitu, pemain berkenaan bernasib kerana tidak mengalami kecederaan serius.

Malah, Daka juga tidak menyesali perbuatannya itu dan berharap akan melakukan sambutan backflip sekali lagi ketika Zambia menentang Comoros pada Jumaat ini.

 

 

 

Untuk rekod, Daka menyertai Leicester dari RB Salzburg pada 2021, mengatasi minat Liverpool dan Chelsea.

Namun, dia menghadapi cabaran untuk menonjol di Premier League, dengan hanya mencatatkan 10 gol daripada 76 penampilan, dan setakat ini hanya menjaringkan satu gol dalam saingan Championship musim ini.

Sekiranya Zambia mara ke final AFCON, Leicester mungkin terpaksa beraksi tanpa Daka sehingga pertengahan bulan depan, termasuk perlawanan menentang Watford dan Derby. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram