PRESIDEN Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC), Tan Sri Annuar Musa berpeluang meluangkan masa duduk semeja bersama bintang muda Manchester City, Abdukodir Khusanov.
Momen tersebut dikongsikan Annuar menerusi satu hantaran di Facebook, sekali gus memperlihatkan hubungan mesra beliau bersama pemain kebangsaan Uzbekistan berkenaan.
Lebih istimewa dalam pertemuan itu apabila pemain tengah berusia 21 tahun berkenaan turut menghadiahkan jersi Manchester City kepada Annuar sebagai kenang-kenangan.
BACA LAGI: Jeneral taraf Liga Perancis disebut-sebut ke Selangor, rupanya pernah 'cuti' semusim akibat cedera
BACA LAGI: [VIDEO] Dendam, rekod lama buatkan JDT-Selangor jadi pilihan awal undian Piala Malaysia
Pertemuan berkenaan diadakan tidak lama selepas tamat aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Manchester City dan Chelsea di Stadium Etihad yang berakhir dengan keputusan seri.
"Selepas tamat perlawanan, Khusanov datang menemui kami sekeluarga di penginapan. Ramah mesra minum teh bersama sambil menandatangani beberapa helai jersi sebagai kenangan.
"Kontrak Khusanov dgn Manchester City sehingga 2029 selepas Manchester City 'membeli' dia dengan harga lebih RM180 juta," kata Anuuar.
Dalam kesempatan itu, Annuar turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada bekas bintang Lens tersebut agar terus cemerlang bersama City, selain mendoakan kejayaan Khusanov di pentas antarabangsa.
Hal ini kerana Uzbekistan dilihat sebagai antara wakil Asia yang berpotensi memberikan saingan sengit dalam kempen Piala Dunia 2026.
“Semoga kerjaya Khusanov terus cemerlang. Selamat maju jaya juga untuk Piala Dunia 2026,” katanya.
Sementara itu, dalam perlawanan EPL berkenaan, Man City terlepas peluang meraih tiga mata penuh apabila diikat Chelsea 1-1 dengan gol lewat Enzo Fernandez memadamkan kelebihan City yang terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan Tijjani Reijnders. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
