NAMA bintang Chelsea iaitu Cole Palmer baru-baru ini mencuri tumpuan penyokong bola sepak domestik apabila dia dikesan pernah menyertai kejohanan Piala Supermokh anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) kira-kira sembilan tahun lalu.
Ketika itu, pemain antarabangsa England itu beraksi bersama skuad belia Manchester City di Bukit Jalil, Kuala Lumpur menentang Malaysia Tigers yang juga membariskan bintang muda tanah air untuk kategori Bawah 13 Tahun (B-13).
Perlawanan akhir tersebut berakhir dengan kemenangan buat skuad muda The Citizens menerusi keputusan 1-0 yang menyaksikan pemain berusia 22 tahun berkenaan diturunkan pada awal permainan terbabit.
BACA LAGI: Tidak dibayar ikut beban kerja, Malaysia kehilangan khidmat bekas bintang EPL terajui NFDP
BACA LAGI: Sebelum jadi superstar Chelsea, Cole Palmer pernah 'selisih' Arif Aiman, uji 2 bek Selangor
Tidak ingin menceritakan mengenai kehebatan pemain dengan nama timangan 'Cold Palmer' berkenaan namun menariknya beberapa pemain tempatan turut menunjukkan kualiti mereka dalam perlawanan yang dibintang bintang Inggeris berkenaan.
Antara pemain yang terlibat dalam skuad muda kendalian Datuk Lim Teong Kim ialah bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan dua prospek Selangor FC iaitu Harith Haiqal Adam Afkar serta Ahmad Zikri Khalili.
Bagaimanapun, pertembungan antara Palmer dan tiga pemain tempatan itu bukan kali pertama berlaku dalam arena bola sepak tanah air susulan sebelum ini ada juga kualiti beberapa tonggak tanah air yang pernah disaksikan bintang Liga Perdana Inggeris (EPL).
1) Son Heung-min
Daniel ketika merantai Heung-min. — Twitter/FAM
Ketua pasukan Tottenham Hotspur, Son Heung-min pernah mencuri tumpuan ketika mewakili Korea Selatan dalam saingan Piala Asia 2023 selepas sesetengah penyokong mengkritik persembahannya susulan impak diberikan pemain itu dianggap kurang memberangsangkan.
Kritikan terhadap penyerang sayap kiri itu mula dilemparkan meledak dua gol penalti satu sepakan percuma sahaja sepanjang enam perlawanan berlangsung termasuk sehingga peringkat separuh akhir bertemu Jordan.
Bukan itu sahaja, kelincahan atas padangnya juga seolah-olah hilang apabila bertemu bek kiri tanah air, Daniel Ting yang berhasil 'mengunci' pergerakannya daripada cuba menghasilkan gol dan mencipta peluang.
Hasil kelincahan Daniel, Malaysia berjaya memastikan satu mata sekurangnya diraih mereka pada aksi terakhir Piala Asia 2023 bagi peringkat Kumpulan E, selepas pasukan tersebut mencipta kejutan untuk mengikat Korea Selatan menerusi keputusan 3-3.
2) Mohamed Salah
Cools pernah membuat Salah sukar untuk mencari gol buat Liverpool. — Twitter
Bintang Liverpool, Mohamed Salah dikenali sebagai salah seorang penyerang sayap berprolifik yang pernah dimiliki The Reds apabila pemain berkenaan mencatat lebih 300 sumbangan gol unuk pasukannya.
Percaya atau tidak, salah seorang pemain Harimau Malaya pernah meraih tumpuan selepas berhasil menyekat gerak-geri pemain antarabangsa Mesir berkenaan dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).
Pemain yang dimaksudkan ialah pertahanan tengah skuad kebangsaan, Dion Cools iaitu ketika dia menyarung jersi FC Midtjylland pada musim 2020.
Ketika perlawanan berkenaan, Cools menjadi tonggak utama apabila FC Midtjylland mengikat Liverpool dengan keputusan seri 1-1, bek tengah warisan Belgium-Malaysia itu berhasil berhasil membuat Diogo Jota dan Sadio Mane mati.
3) Chris Wood
Wood (atas, kiri) ketika beraksi menentang Malaysia. — Twitter/FAM
Skuad Harimau Malaya merekodkan kekalahan 0-4 di tangan pasukan di ranking ke-95 dunia, New Zealand pada aksi persahabatan Tier 1 di Stadium North Harbour dekat Auckland, New Zealand pada Isnin.
Skuad All Whites meraih kemenangan bergaya ke atas Harimau Malaya menerusi jaringan dari
Elijah Just, Matthew Garbett, Chris Wood dan Logan Rogerson yang merembat dari luar kotak penalti menerjah gawang negara untuk gol keempat tuan rumah di hujung permainan.
Walaupun tewas namun keupayaan anak-anak buah Pau Marti Vincente yang berhasil mengikat New Zealand 0-0 pada separuh masa pertama pasti sedikit sebanyak mengejutkan pemain mereka termasuklah bintang EPL, Wood.
Sebagaimana diketahui, pemain berusia 32 tahun itu merupakan tonggak Utama Nottingham Forest seakan-akan memberi amaran kepada Malaysia selepas mudah membolosi gawang Chelsea di Stamford Bridge dalam perlawanan EPL minggu lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram