Sudah ‘follow’ bintang Selangor, khabarnya bek Penang tunggu masa berhijrah ke Lembah Klang


  • Podium
  • Selasa, 23 Dis 2025

Adib (dua dari kanan) pernah disebut-sebut sebagai rekrut impian buat penyokong Selangor FC. — Facebook/Penang FC

SKUAD Selangor FC dilihat dalam perancangan jelas untuk memperkuatkan pasukan pada jendela perpindahan akan datang apabila langkah-langkah mula direncanakan.

Ini dapat disaksikan menerusi keputusan melepaskan dua pemain iaitu Kevin Deeromram dan Willian Lira yang tidak memberi impak seperti mana diharapkan.

Kehilangan mereka sekali gus memberi ruang buat pengendali interim, Christophe Gamel untuk membawa masuk wajah baharu mengikut acuan dimahukan.

BACA LAGI: 'Saya ada lihat sesuatu padanya', Razman Roslan puas hati nama Adib Raop tersenarai

BACA LAGI: Mehmet pernah dapat amaran naikkan pangkat Adib Raop lepas 'ayamkan' Baddrol Bakhtiar

Deeromram merupakan antara pemain yang dilepaskan skuad Gergasi Merah memasuki jendela perpindahan akan datang. Facebook/Selangor FC

Perancangan lebih teliti perlu diguna pakai pihak pengurusan dan kejurulatihan kali ini bagi memastikan pemain dibawa masuk dapat segera menyesuaikan diri.

Jadi, bagi memastikan misi itu tercapai, adalah lebih baik sekiranya Gergasi Merah membawa masuk bintang lokal yang lebih arif mengenai arena bola sepak tanah air.

Antara pemain mula disebut-sebut sebagai sasaran skuad Merah Kuning ialah bek kiri Harimau Malaya, Adib Ra'op dengan khabar angin itu bukan kali pertama kedengaran.

Selain memiliki pengalaman di pentas antarabangsa, anak jati Bagan Datuk, Perak itu turut dikenali sebagai seorang yang mampu membuat hantaran tepat menggunakan kaki kiri.

Adib boleh menjadi aset besar buat skuad Gergasi Merah. Facebook/Penang FC

Ini akan menjadi aset berharga buat Selangor FC yang pasti terbuka untuk menerima kehadirannya, lebih-lebih lagi selepas dia seakan-akan menawarkan diri.

Khabar angin itu sekali lagi diperkuatkan baru-baru ini selepas penyokong kelab Lembah Klang itu menyedari bahawa dia sudah mengikuti beberapa tonggak skuad Gergasi Merah di laman Instagram seperti Kalamullah Al-Hafiz dan Harith Haiqal.

Meskipun hampir semua daripada mereka merupakan rakan sepasukan dan senegara, ia tidak menghalang orang ramai daripada terus percaya bahawa terdapat kemungkinan perpindahan itu dapat dimeterai.

Sekiranya Adib menjadi rekrut Selangor FC pada jendela akan datang, pertahanan kiri pasukan akan lebih diperkuatkan meskipun sudah memiliki Mohamed Abualnadi dan Zikri Khalili di posisi itu.

Penyokong tertarik sekiranya perpindahan Adib ke Selangor FC dapat dimeterai.

Tonggak pertahanan Penang FC itu sudah bersama kelab Utara tanah air berkenaan sejak 2022 apabila dia menyertai pasukan itu dari Perak FC.

Musim ini, dia terus memainkan peranan penting buat skuad Harimau Kumbang dengan merekodkan 12 penampilan secara keseluruhan dengan satu gol dan satu bantuan jaringan dicatatkan.

Di peringkat antarabangsa pula, Adib sempat beraksi sebanyak lima kali, termasuk ketika berdepan Taiwan dalam Kelayakan Piala Dunia yang mana dia mencetak gol pertama buat Harimau Malaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram