SATU masa dahulu, Selangor FC mempunyai penyerang handalan dari Jordan iaitu Ali Olwan namun begitu tempohnya bersama tidaklah lama.
Masa Olwan bersama Selangor hanya semusim dan impaknya tidaklah menjadi seperti yang diharapkan.
Kini tidak lagi bersama Selangor, Olwan terus menyerlah terutamanya bersama skuad kebangsaannya di peringkat antarabangsa.
BACA LAGI: Sangka menang tipis, Amorim kecewa Man United terlalu santai 'bocor' minit akhir
BACA LAGI: Chong Wei desak BAM rapatkan jurang kualiti pemain perseorangan sebelum Piala Thomas
Di peringkat antarabangsa, Olwan mencuri tumpuan apabila tampil cemerlang buat Jordan dalam saingan Piala Arab anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Dalam aksi final menentang Maghribi pada Khamis, Olwan tampil cemerlang apabila dia menghasilkan dua gol untuk Jordan.
Namun sayangnya, dua gol serta persembahan cemerlang pada aksi akhir itu tidak mencukupi untuknya apabila Jordan tumpas 2-3 kepada Maghribi.
Walaupun kalah, namun Olwan menamatkan kempen Piala Arab dengan rekod cemerlang apabila dia muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan.
Sebagai rekod, pemain Al-Karma di Iraq itu menamatkan kejohanan dengan enam gol.
Persembahan Olwan itu pastinya akan menarik perhatian barisan kejurulatihan Jordan dengan dia bakal menjadi sandaran apabila beraksi di Piala Dunia 2026 kelak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
