Man United ditabur janji tiada pembelian jendela perpindahan Januari


  • Podium
  • Ahad, 21 Dis 2025

Casemiro (tengah) antara pemain yang dikatakan bakal disingkirkan dari Man United.

PENGENDALI Manchester United, Ruben Amorim memberikan bayangan yang kelabnya tidak akan melakukan pembelian panik pada jendela perpindahan Januari kelak.

Namun begitu, Amorim mendedahkan perancangan kelab bukannya bersifat penyelesaian segera sebaliknya untuk jangka masa panjang.

Akan tetapi, Amorim masih berteka-teki dengan sasaran perpindahan United.

BACA LAGI: Rindukan MotoGP, Hafizh Syahrin berharap dapat beraksi walaupun guna ‘wildcard’

BACA LAGI: Bintang tersisih Selangor FC bantu Jordan naib juara Piala Arab, siap muncul 'top scorer'

Ruben Amorim.

“Apa yang kami cuba lakukan sekarang dan pada akhir musim adalah membawa masuk pemain yang sempurna untuk masa depan kelab.

“Buat masa sekarang, saya tidak tahu apa apa mengenai sasaran perpindahan, tapi saya yakin kelab akan buat sesuatu mengenainya,” ujar Amorim.

Buat masa sekarang, United dikatakan perlu mencari pemain tengah bertahan baharu namun posisi tersebut sudah diisi oleh Casemiro, Manuel Ugarte serta Kobbie Mainoo.

Namun begitu, penyokong United mungkin akan melihat ketibaan bintang Bournemouth iaitu Antoine Semenyo pada Januari berbanding seorang pemain tengah bertahan yang baharu.

United dilihat sebagai kelab pilihan ketiga Semenyo selepas dia turut diburu Liverpool dan Manchester City dan dia sudah menerima kontrak kesemua kelab tersebut.

Buat masa sekarang, United tempang tanpa tiga bintang iaitu Bryan Mbeumo, Amad Diallo dan Noussair Mazraoui kerana tugasan Piala Negara-Negara Afrika. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram