'Jangan bawa ke CAS', TMJ dedah ada individu FIFA ugut FAM


  • Podium
  • Rabu, 10 Dis 2025

Tunku Ismail mendakwa ada pihak cuba menghalang FAM membawa kes skandal pemain warisan ke CAS.

PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan ada individu dari Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengugut untuk kes skandal tujuh pemain warisan dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). 

Bercakap dalam sesi wawancara di Johor Bahru, Johor pada Rabu, Tunku Ismail mengatakan arahan tersebut ditujukan kepada Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin.

Kata Tunku Ismail, jika keputusan membawa ke CAS diteruskan FAM akan menerima hukuman lebih teruk.

BACA LAGI: Skandal pemain warisan: FAM tetap bawa kes ke CAS, komited tegakkan keadilan

BACA LAGI: Di sebalik skandal FIFA, Holgado masih dijulang, jadi tonik bekas rakan sepasukan

FIFA mengekalkan hukuman terhadap tujuh pemain Malaysia selepas rayuan ditolak.

"Tetapi dia tak nak kita pergi ke CAS kerana dia cakap sendiri kepada bekas presiden jangan pergi ke CA, saya tak tahu dia takut ke tak.

"Awak boleh tanya kepada Tan Sri Hamidin sendiri jangan bawa ke CAS, ada juga ugut kalau bawa juga ke CAS akan kena gantung atau hukumman lebih teruk," kata Tunku Ismail.

Tambah Tunku Ismail, gesaan itu bukannya tidak membenarkan langsung untuk FAM pergi ke CAS namun ia lebih kepada saranan untuk tidak berbuat demikian.

Hal ini disebabkan terdapat ketidak tentuan dalam peluang sama ada FAM dapat menang rayuan tersebut atau tidak.

Sebelum ini, Jawatankuasa Rayuan FIFA menolak rayuan oleh FAM berkenaan pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Ketujuh-tujuh pemain itu digantung selama setahun dan didenda CHF2,000 (RM10,000) sementara FAM dikenakan CHF350,000 (RM1.9 juta). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram