PENGANGKUTAN awam merupakan satu medium kenderaan yang digunakan oleh pelbagai golongan di negara kita.
Disebabkan itu, pengusaha pengangkutan awam terutamanya kereta api akan menyediakan tempat duduk keutamaan (priority seat) kepada golongan tertentu seperti warga emas, orang kelainan upaya (OKU) serta wanita mengandung.
Namun begitu, perkara tersebut tidak berlaku dalam satu insiden di mana seorang remaja perempuan yang bertongkat terpaksa berdiri lama dalam tren.
BACA LAGI: Jangan normalisasi kata-kata berbaur rasis — Penang FC
BACA LAGI: Harimau Muda dilanda ujian tak diduga, Haqimi Azim pulang akibat kehilangan bapa tiri
Dalam satu video yang tular di media sosial, terdapat seorang remaja perempuan yang terpaksa berdiri di tepi pintu sambil bertongkat menanti untuk tiba ke destinasi ditujunya.
Remaja yang menaiki koc wanita itu bagaimana pun tidak mendapat sebarang bantuan daripada penumpang lain dengan mereka membiarkan saja dia berdiri lama.
"Sedih. Geram. Kecewa. Semua ada. Kesian dekat dia. Dah bertongkat macam tu pun masih tak ada yang tawarkan tempat duduk. Come on Malaysian. Common sense please," kata Hafiz Izzuddin.
Video yang tular itu kemudiannya mendapat perhatian daripada akaun pengusaha pengangkutan awam iaitu RapidKL.
Dalam komennya, RapidKL berasa kecewa dengan situasi tersebut kerana tiada yang sudi memberikan tempat duduk.
"Hai awak, ada minta tempat duduk tak? Takut ada yang tak perasan, tapi tak boleh macam ni. Kasihannya," kata RapidKL.
Golongan seperti remaja itu seharusnya dibantu terutamanya ketika berada dalam pengangkutan awam.
Situasi yang berlaku itu menampakkan orang sekeliling tidak peduli dengannya dan ia tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat kita. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
