[VIDEO] Lelaki maut ditembak di plaza tol, disyaki terbabit pergaduhan 2 kumpulan gengster Seremban


  • Kes
  • Rabu, 10 Dis 2025

Kejadian berlaku di Plaza Tol Port Dickson sekitar 7 pagi.

SEORANG lelaki warga tempatan berusia 43 tahun meninggal dunia selepas menjadi mangsa tembak dalam pergaduhan melibatkan dua kumpulan gengster di Seremban, Negeri Sembilan.

Kejadian di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson pada 7 pagi Rabu melihatkan dia bersama seorang lagi mangsa sedang menaiki kereta jenis Perodua Myvi ditembak oleh individu sedang menunggang motosikal.

Seorang lagi mangsa yang berusia 47 tahun mengalami cedera parah dengan kedua-duanya dikejarkan ke hospital oleh orang awam.

BACA LAGI: [VIDEO] Jemput pempengaruh rasmi majlis, JPN Kedah ambil tindakan terhadap sekolah

BACA LAGI: 'Rider' p-hailing maut dihempap pokok di Jalan Tun Razak-Ayer Keroh

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, mangsa yang parah itu mempunyai 15 rekod jenayah lampau.

"Anggota petugas Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban menerima panggilan pada jam 7.53 pagi daripada seorang lelaki memaklumkan mengenai kejadian ini.

"Kedua-dua mangsa dibawa oleh orang awam ke Hospital Tunku Jaafar (HTJ), di sini. Kedua-duanya dalam keadaan kritikal sebelum dirawat di Zon Merah.

"Bagaimanapun, salah seorang daripada mangsa yang berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan," katanya.

Motif jenayah dilaporkan berkaitan dendam melibatkan dua geng gengster.

Hal ini kerana, pihak polis menemui beberapa kelongsong peluru serta tompokan darah di lokasi kejadian.

"Kami percaya mangsa yang terkorban itu adalah pengawal peribadi dan pemandu kepada mangsa kedua.

"Motif serangan dipercayai berkait dengan dendam dan permusuhan antara gengster, namun siasatan masih berjalan," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram