SUASANA suram menyebelungi bola sepak tanah air selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menolak rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain Harimau Malaya berhubung kes pemalsuan dokumen.
Dalam satu kenyataan rasmi pada Isnin, FIFA memaklumkan pihaknya mengekalkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA yang mendapati FAM dan tujuh pemain berkenaan melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC).
Susulan keputusan berkenaan diumumkan, badan induk bola sepak tanah air itu diarahkan membayar denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.9 juta) kepada FIFA.
BACA LAGI: Skandal pemain warisan: FAM terkejut rayuan ditolak FIFA, diberi masa 21 hari heret kes ke CAS
BACA LAGI: Gantung Harimau Malaya, 'salin' FAM jika FIFA kekal keputusan
Manakala, tujuh pemain terbabit iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garce, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Iraza bal dan Hector Hevel masing-masing dikenakan denda CHF2,000 (lebih kurang RM10,000) serta digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak.
Keputusan daripada FIFA itu jelas akan merosakkan karier bola sepak tujuh pemain berkenana lagi-lagi majoriti mereka sedang menikmati musim terbaik bersama pasukan masing-masing.
Namun di sebalik kontroversi yang melanda, nama Holgado masih dijulang oleh bekas rakan sepasukannya di Coquimbo Unido iaitu Cecilio Waterman.
Waterman dilihat masih menzahirkan sokongan dan penghargaan terhadap Holgado selepas tonggak kelab Coquimbo Unido berkenaan membantu pasukan itu muncul juara Liga Divisyen 1 Chile.
¡Un tipo agradecido!
Cecilio Waterman no escondió su felicidad tras alcanzar la estrella de la #LigaDePrimera 2025 con Coquimbo Unido. Además, el panameño resaltó un gesto que tuvo Rodrigo Holgado con él.
¡Disfruta de lo mejor del fútbol chileno! Suscríbete a… pic.twitter.com/q1lbzCFald
— TNT Sports Chile (@TNTSportsCL) November 2, 2025
Waterman menampilkan prestasi cemerlang untuk kelab berkenaan selepas pengendali kelahiran Panama itu berhasil mencetak 10 gol sepanjang 24 perlawanan Coquimbo Unido.
Tidak ingin memberi kredit terhadap dirinya, Waterman sebaliknya menzahirkan terima kasih kepada Holgado kerana menjadi watak penting yang membawanya ke kelab tersebut sebelum ini
"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Holgado. Jika bukan kerana dia, saya mungkin tidak akan berada di sini. Dia (Holgado) yang menghubungi presiden dan sebaik sahaja mereka menghubungi saya, semuanya berhasil diselesaikan dengan cepat.
"Saya benar-benar gembira kerana dalam hidup ini, kita perlu tahu berterima kasih," kata pemain yang menyertai Coquimbo Unado pada Januari lalu itu pada temu bual bersama TNT Sports Chile.
Untuk rekod, Holgado kini menyarung jersi jaguh Colombia, America de Cali sejak musim 2024 selepas beberapa musim beraksi cemerlang di Coquimbo Unido dan kelab Argentina, Gimnasia.
Namun, hukuman penggantungan daripada FIFA itu pastinya memberi kesan besar terhadap masa depannya dalam bola sepak profesional. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
