TFC aktif cari TD baharu, pengalaman Asia jadi kriteria utama


  • Podium
  • Isnin, 10 Nov 2025

Terengganu masih belum memiliki pengarah teknikal baharu selepas kali terakhir diisi oleh Tomislav Steinbruckner. — Facebook/Terengganu FC

USAHA untuk mencari pengarah teknikal (TD) buat Terengganu FC giat dijalankan dengan kelab Pantai Timur itu sedang menilai beberapa nama berpotensi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai, Terengganu terbuka terhadap mana-mana calon sama ada tempatan atau dari luar negara.

Namun begitu, kriteria utama yang mesti ada pada TD baharu skuad Penyu adalah mempunyai pengalaman menguruskan kelab sehingga peringkat Asia. 

BACA LAGI: Aksi lawan NSFC bukan penentu, TFC belum ada kata putus masa depan Badrul Afzan

BACA LAGI: [VIDEO] Saya di Selangor FC bukannya bergaji — Shahril Mokhtar

Tomislav Steinbruckner meninggalkan Terengganu pada 2024. — Facebook/Terengganu FC

"Ya memang ada, ia ada dalam perancangan, buat masa sekarang kami masih lagi menilai calon-calon yang sesuai.

"Saya terbuka kepada mana-mana calon, baik yang tempatan atau dari luar negara," kata Sheikh Farouk.

Tambah Sheikh Farouk lagi, Terengganu meletakkan kriteria mempunyai pengalaman menguruskan kelab di peringkat Asia sebagai syarat utama menjadi TD baharu mereka.

Hal ini kerana, ia menjadi perancangan jangka panjang Terengganu untuk muncul sebagai wakil mereka di kejohanan Asia selepas ini.

"Saya ambil kira pengalaman dalam Liga Super dan juga Asia, serta kami pentingkan (sasaran) di masa hadapan adalah Terengganu di peringkat Asia.

"Jadi, salah satu kriterianya adalah ada pengalaman di peringkat antarabangsa dan Liga Super," jelasnya.

Sebagai rekod, kali terakhir Terengganu mempunyai TD adalah pada 2022 dengan Tomislav Steinbruckner menjawat jawatan tersebut sebelum ditugaskan sebagai jurulatih.

Sejak pemergiannya pada 2024, jawatan tersebut tidak diisi oleh mana-mana individu.

Sheikh Farouk berkata kepada media pada Isnin semasa majlis pengumuman jenama sukan Indonesia, MILLS sebagai rakan strategik baharu Terengganu di Bangsar, Kuala Lumpur.

MILLS dipilih sebagai rakan strategik bagi footwear Terengganu bagi 2025/2026. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram