NASIB pengendali Terengganu FC, Badrul Afzan Razali masih belum ditentukan oleh pihak pengurusan walaupun kedudukannya kini goyah.
Menurut ketua pegawai eksekutifnya, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai, dia dan pihak pengurusan tertinggi kelab perlu menilai terlebih dahulu sebelum memilih untuk mengekalkan atau melepaskan Badrul.
Katanya, aksi Liga Super berdepan Negeri Sembilan FC pada 22 November ini bukannya penentu mutlak kepada nasib Badrul.
BACA LAGI: OKS terbuka kembali ke Malaysia, Sabah-TFC mungkin pilihan tepat tapi ada syaratnya
BACA LAGI: Prestasi goyah The Cats, import baharu TFC boleh jadi faktor kebangkitan Sang Penyu

Sheikh Farouk berkata Terengganu tidak terburu-buru untuk tentukan nasib Badrul Afzan.
Sebelum ini, nasib Badrul dikatakan akan ditentukan berdasarkan tiga aksi iaitu bertemu Kuching City FC (18 dan 28 Oktober) dalam suku akhir Piala FA, serta dua aksi liga bertemu Johor Darul Ta'zim (31 Oktober) dan Negeri Sembilan.
"Kita tak ada bagi matlamat yang tiga perlawanan terakhir adalah untuk Badrul. Yang penting buat masa ini, pengurusan berikan sokongan kepadanya.
"Paling penting, para pemain juga memerlukan motivasi, jadi kita akan mulakan pada perlawanan bertemu Negeri Sembilan dan seterusnya," kata Sheikh Farouk.
Tambah Sheikh Farouk, selepas aksi bertemu Negeri Sembilan, penilaian mendalam akan dilakukan pengurusan kelab berkenaan masa depan Badrul.
Ditambah dengan desas-desus mengatakan Terengganu ingin mendapatkan Datuk Ong Kim Swee, skuad Penyu tidak boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan.
Sheikh Farouk berkata kepada media pada Isnin semasa majlis pengumuman jenama sukan Indonesia, MILLS sebagai rakan strategik baharu Terengganu di Bangsar, Kuala Lumpur.
MILLS dipilih sebagai rakan strategik bagi footwear Terengganu bagi 2025/2026. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
