Haziq Kutty ingat pesanan abang Syamer, kekal positif bawa cabaran negara di Sukan SEA


  • Podium
  • Jumaat, 05 Dis 2025

Haziq ingat pesanan abangnya, Syamer di saat hendak berjuang untuk Malaysia.

PEMAIN skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia, Haziq Kutty Abba sentiasa berpegang teguh kepada pesan yang diberikan oleh abangnya menjelang tugasannya di Sukan SEA.

Dia yang merupakan adik kepada pemain tengah elit negara, Syamer Kutty Abba, menjadi sebahagian daripada 23 pemain dipanggil Nafuzi Zain untuk membawa pulang pingat dari acara bola sepak.

Kata Haziq, pesanan Syamer kepadanya dijadikan pedoman untuk membantu negara mendapatkan pingat.

BACA LAGI: 'Baru betul letak bendera', jersi ke-3 Harimau Malaya kembalikan nostalgia era K. Rajagopal

BACA LAGI: Aksi Leeds United 'nyawa' terakhir, Slot salahkan Liverpool sudah hilang 'fear factor'

Haziq membawa cabaran negara di Sukan SEA.

"Seperti gaya permainan, abang Syamer berikan nasihat yang ringkas. Dia beritahu saya untuk terus positif dan ambil setiap peluang yang ada.

"Saya akan lakukan apa saja untuk bantu negara kita berjaya di Sukan SEA," kata Haziq.

Haziq yang bermain untuk Penang FC juga mengulit semula kenangan menyaksikan aksi abangnya di Stadium Shah Alam sewaktu perlawanan akhir Sukan SEA 2017 menentang Thailand di Kuala Lumpur.

Walaupun ketika itu Syamer dan Malaysia sekadar mendapat pingat perak, namun Haziq memperoleh inspirasi dari persembahan abangnya.

"Walaupun kita tidak memenangi pingat emas, ia tetap menjadi salah satu memori terindah saya.

"Menonton abang saya berjuang di perlawanan akhir sememangnya pengalaman menakjubkan apabila melihatnya dari tempat duduk penonon, dan ia memberikan inspirasi kepada saya untuk menjadi pemain pada hari ini," ujarnya. — The Star/T. AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram