PELABURAN bernilai £62.5 juta (RM358.8 juta) dibuat Manchester United untuk mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa Brazil, Matheus Cunha dilihat mula membuahkan hasil.
Meskipun berulang kali mengalami isu kecergasan, pemain berkenaan masih membawa impak lebih besar berbanding rekrut lain di posisi tersebut pada musim-musim sebelum ini.
Ini sekali gus memberi keyakinan buat skuad The Red Devils meletakkan Wolverhampton Wanderers sebagai sasaran untuk mencari pemain baharu pada jendela perpindahan akan datang.
BACA LAGI: [VIDEO] Cunha ada aura Eric Cantona — Penyokong Liverpool
BACA LAGI: Man United perlu jual 4 bintang demi beli Matheus Cunha

Gomes sudah membuktikan dirinya sebagai antara pemain tengah terbaik dalam EPL. — Agensi
Pendekatan sebegitu dilihat bakal diguna pakai selepas baru-baru ini, muncul khabar angin Manchester United sedang dalam proses rundingan dengan bintang The Wolves, Joao Gomes.
Ura-ura itu timbul selepas akhbar dari Brazil, Trivela menyatakan semua pihak, termasuk antara kedua-dua kelab sudah dimulakan kebelakangan ini.
"Rundingan dua pasukan itu menunjukkan kemajuan setakat ini. Terdapat kemungkinan perpindahan tersebut direalisasikan pada jendela perpindahan musim sejuk," tulisnya.
Ini bukanlah kali pertama Gomes dikaitkan dengan Manchester United kerana sekitar 2022, kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) terbabit pernah dilaporkan mahu menandatanganinya dari Flamengo.
Bagaimanapun, pemain berusia 24 tahun terbabit memilih untuk kekal di Brazil sebelum berkelana semusim kemudian untuk menyarung jersi Wolves.

Gomes (kiri) boleh mengikut jejak Cunha yang meninggalkan Wolves dan menyertai Manchester United. — Agensi
Sejak bersama pasukan itu dari 2023, dia sudah meletakkan diri sebagai antara pemain tengah terbaik, terutamanya ketika mengganggu pergerakan lawan.
Jadi, gaya permainannya dinilai cukup sesuai dengan skuad bimbingan Ruben Amorim yang sedang giat mencari pengganti kepada bintang senior, Casemiro.
Perpindahan itu juga berpotesi untuk direalisasikan kerana laman sesawang transfermarkt hanya meletakkan tanda harga £35 juta (RM190.5 juta) bagi mana-mana yang berminat akan khidmatnya.
Nilai itu dilihat tidak terlalu membebankan buat Manchester United yang masih memiliki ruang untuk berbelanja sementara Wolves mahu meraih dana segera sekiranya tersingkir ke divisyen kedua. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
