Makin serius rangka strategi, DPMM dilapor intai bekas 'keeper' PSV-ex bintang EPL


  • Podium
  • Jumaat, 21 Nov 2025

Onomah pula menonjol ketika beraksi di saingan EPL bersama pasukan gergasi seperti Tottenham Hotspur

KELAB jemputan Liga Super, DPMM FC yang masih mencari-cari rentak dalam saingan tertinggi Liga Malaysia (Liga M) itu dilaporkan mahu membawa masuk pemain baharu menjelang jendela perpindahan kedua nanti.

Pasukan berpangkalan di Brunei berkenaan hanya mencatatkan satu kemenangan sahaja selepas mengharungi lapan perlawanan, selebihnya kelab itu merekodkan dua seri dan lima kekalahan.

Hanya menghuni kedudukan ke-11 dalam saingan Liga Super bukanlah satu keputusan memuaskan hingga menyaksikan pelbagai rungutan mengenai prestasi kelab mula membanjiri ruangan komen media sosial DPMM FC.

BACA LAGI: Benteng kerap bocor, bekas bek Man United jadi sasaran DPMM FC elak terperosok dasar Liga Super

BACA LAGI:Sempat dilamar kelab lokal, 2 faktor utama dorong Syafiq Ahmad nekad pilih DPMM

Tidak mahu lagi sekadar menjadi pasukan 'belasahan' dalam saingan Liga Super, DPMM FC difahamkan mahu menambah pemain berkualiti dan berpengalaman bagi membantu mereka menghadapi pusingan kedua liga.

Berdasarkan hantaran di laman Instagram, Sportagraphy, DPMM dikhabarkan mahu membawa dua pemain berpengalaman bermain di Eropah iaitu Eloy Room dan Josh Onomah.

"Eloy Room dan Josh Onomah ke Brunei? DPMM FC telah meletakkan sasaran mereka pada dua nama besar sebagai sasaran baharu iaitu bekas penjaga gol PSV & Curacao, Eloy Room, dan bekas pemain tengah Tottenham/Fulham, Josh Onomah.

"Tiada apa-apa yang disahkan, tetapi kelab tersebut sedang meneroka perpindahan berskala besar menjelang persiapan untuk pusingan kedua nanti," kata laman Instagram tersebut.

 

 

Room yang bermain di posisi penjaga gol kini berstatus ejen bebas dengan kali terakhir dia aktif adalah ketika bersama pasukan Belgium, Cercle Brugge dalam saingan Jupiler Pro League.

Sementara itu, Onomah pula menonjol ketika beraksi di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama pasukan gergasi seperti Tottenham Hotspur, Aston Villa, dan Fulham.

Prestasi pemain tengah berusia 28 tahun berkenaan paling cemerlang bersama Fulham apabila Onomah merekodkan lima gol dan lapan bantuan jaringan dalam 76 penampilan.

Selain dua pemain itu, DPMM juga berhasrat untuk membawa masuk bekas pemain pertahanan Manchester United, Tyler Blackett. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram