MEMASUKI musim kedua bersama Manchester United, Ruben Amorim dilihat sudah mula menemui rentak, terutamanya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Selepas kempen pertama yang sedikit berliku, pengurus dari Portugal itu berjaya menanam keyakinan buat anak-anak yang tidak mengalami sebarang kekalahan dalam lima perlawanan terakhir.
Rekod cukup baik itu turut menyaksikan skuad The Red Devils kini berada di kedudukan ketujuh liga, satu tangga di atas juara bertahan EPL, Liverpool.
BACA LAGI: Man United sedia bagi Amorim RM590 juta, pintas Liverpool rebut 'winger' terhangat EPL
BACA LAGI: Sesko cedera, 3 tonggak ke AFCON, Amorim buat 'sesuatu' menjelang jendela perpindahan

Ronaldo (kanan) pernah bersama Amorim dalam skuad antarabangsa Portugal. — Agensi
restasi positif tersebut mula meraih perhatian ramai, termasuk dari legenda Manchester United, Cristiano Ronaldo yang tampil berkata, Amorim melakukan tugasan cukup baik.
Dalam sesi podcast bersama Piers Morgan, kapten Al-Nassr itu tampil menjelaskan betapa sukarnya pengurus berusia 40 tahun itu untuk mencetus keajaiban bersama skuad The Red Devils kerana pemikiran segelintir pemain.
Ini bukanlah kali pertama Cristiano Ronaldo memberi ulasan berhubung pengendali Manchester United itu kerana sebelum ini, dia pernah melabel Amorim sebagai 'sang penyair'.
Pandangan tersebut diberikan kerana bintang Portugal itu pandai bermain dengan kata-kata ketika berkomunikasi bersama rakan sepasukan dalam bilik persalinan.

Ronaldo berpandangan Amorim mula melakukan tugasan yang baik bersama Manchester United. — Agensi
Usikan dua bekas rakan sepasukan itu tidak memberi kesan buat jurulatih berkenaan yang menjawab perkataan dituturkan hanya terbit dari hati supaya pendengar dapat merasakannya.
Pengalaman itu bukanlah sesuatu yang asing kerana Amorim dan Cristiano Ronaldo pernah bersama-sama dalam sebuah pasukan, iaitu di peringkat antarabangsa lebih 10 tahun lalu.
Malah, pengurus Manchester United itu pernah menggantikan rakan sepasukannya tersebut dalam aksi Kelayakan Piala Dunia antara Portugal dan Ireland Utara sekitar 2013.
Kini, selepas bertahun-tahun lamanya, kedua-dua figura bola sepak Eropah itu memiliki haluan karier berbeza apabila Amorim sudah berkecimpung dalam dunia kejurulatihan sementara Cristiano Ronaldo terus aktif di atas padang meskipun umur kedua-duanya hanya dibezakan sembilan hari.

Cristiano Ronaldo terus beraksi cemerlang bersama Al Nassr. — Agensi
Amorim yang sebelum ini mengendalikan Sporting CP pernah mengecapi beberapa siri kejayaan di negara asalnya seperti membantu kelab itu menjuarai liga sebanyak dua kali.
Kini, bersama Manchester United, harapannya untuk menambah koleksi kejuaraan masih belum tercapai meskipun sudah membantu kelabnya melangkah ke pentas akhir Liga Europa UEFA (UEL) musim lalu.
Sementara itu, Cristiano Ronaldo yang memilih untuk ke Arab Saudi dan menyertai Al-Nassr pada 2023 terus memecahkan rekod demi rekod saban tahun.
Di peringkat antarabangsa pula, penyerang berusia 40 tahun itu terus berusaha membantu negaranya layak ke Piala Dunia 2026 dengan misi menjuarai gelaran tersebut buat kali pertama. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
