Sampai RM6 juta 'lesap', slip gaji Raheem Sterling ceritakan realiti sebenar potongan cukai bintang EPL


  • Podium
  • Jumaat, 14 Nov 2025

Slip gaji Sterling (kiri) dilaporkan pernah menjadi bahan tular dalam media UK sekitar 2019. — Majoriti

UMUM mengetahui bahawa mana-mana pemain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) akan menerima bayaran gaji cukup lumayan kerana setiap daripada mereka berada dalam tahap tersendiri.

Berdasarkan laporan, rata-rata daripada bintang menerima gaji mencecah ratusan ribu ringgit setiap minggu, malah ada yang turut menerima bayaran lebih tinggi.

Namun, ramai tidak tahu bahawa kadar cukai di United Kingdom (UK), terutamanya England adalah begitu tinggi sehingga memaksa kelab menetapkan kadar gaji tinggi bagi memastikan jumlah diterima pemain berpatutan.

BACA LAGI: Tak 'perform' 2 tahun, legenda Chelsea suruh Raheem Sterling salahkan diri sendiri

BACA LAGI: Arteta persalahkan mutu bangku simpanan Arsenal punca cicir mata berdepan Aston Villa

Hampir kesemua pemain dalam saingan EPL menerima gaji mingguan mencecah ratusan ribu ringgit.Agensi

Menurut undang-undang di negara Eropah itu, seseorang perlu membayar cukai sehingga 45 peratus sekiranya pendapatan peribadi adalah melebihi £125,140 (RM680,059) setiap tahun.

Hal berkenaan turut dibuktikan menerusi sebuah foto yang kembali tular sejak Jumaat memaparkan slip gaji diterima pemain antarabangsa England, Raheem Sterling ketika beraksi buat Manchester City.

Lampiran itu pernah menjadi bahan sensasi sekitar 2019 apabila dokumen sulit tersebut tertinggal di dalam keretanya ketika dihantar ke pusat mencuci kenderaan.

Meskipun ada yang berpandangan slip gaji itu palsu, kadar cukai ditetapkan tidak menjadi pertikaian dalam kalangan peminat bola sepak di UK.

Berdasarkan kepingan kertas itu, Sterling menerima gaji pokok melebihi £2.2 juta (RM12 juta) setiap bulan dengan £1.5 juta (RM8.2 juta) daripadanya merupakan bonus kesetiaan (loyalty fee).

Sterling merupakan antara pemain yang pernah menerima bayaran gaji cukup tinggi.Agensi

Namun, selepas pengiraan, pemain yang kini bersama Chelsea itu hanya memperoleh £1.16 juta (RM6 juta) yang menunjukkan satu perbezaan cukup ketara.

Pengurangan itu berlaku kerana kadar cukai amat tinggi dikenakan terhadap penyerang sayap terbabit dengan nasib sama turut menimpa pemain EPL lain.

Malah, tidak mustahil sekiranya jumlah pengurangan itu semakin meningkat musim ini apabila laporan menyatakan kerajaan England memungut cukai mencecah £1.7 bilion (RM9.2 bilion) bagi musim 2021/22.

Jumlah itu juga tidak mengambil kira ke atas cukai dikenakan terhadap kelab kerana angka tersebut diperoleh selepas kadar ditetapkan ke atas pemain dan kakitangan.

Slip gaji Sterling yang tular itu sekali gus menceritakan realiti sebenar potongan dialami pemain EPL yang terpaksa menelan realiti sebenar mengenai ekonomi di UK. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram