[VIDEO] Bintang Man United berang, terus tinggalkan padang lepas gagal ke Piala Dunia


  • Podium
  • Jumaat, 14 Nov 2025

Mbeumo (kanan) terpaksa ditenangkan oleh rakan sepasukannya selepas kekalahan Cameroon. — Agensi

KETIKA ini, tumpuan bola sepak antarabangsa terarah kepada kelayakan Piala Dunia 2026 dengan beberapa benua dalam proses untuk melengkapkan wakil ke kejohanan itu.

Antara benua yang masih mencari-cari wakilnya adalah Eropah dan Afrika dengan beberapa negara sudah mengetahui nasib mereka sama ada layak atau tidak ke Piala Dunia.

Salah satunya adalah gergasi Afrika iaitu Cameroon yang terpaksa menelan hakikat tidak layak ke Piala Dunia yang akan diadakan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada itu.

BACA LAGI: Penyerang berstamina kuda', patutlah Man United-Liverpool tak kisah 'pecah tabung' berebut Semenyo

BACA LAGI: Man United sedia bagi Amorim RM590 juta, pintas Liverpool rebut 'winger' terhangat EPL

Hal ini disebabkan keputusan aksi separuh akhir play-off kelayakan pada Khamis menentang Republik Demokratik Congo berakhir dengan kekalahan kepada Cameroon dengan keputusan 0-1.

Kekalahan itu jelas sekali sukar untuk diterima oleh bintang Cameroon, Bryan Mbeumo yang kemudiannya terus meninggalkan padang selepas wisel penamat.

Pemain Manchester United itu tidak dapat menahan rasa berangnya dengan dia terus menuju ke bilik persalinan tanpa menghiraukan pemain lain atau penyokong yang ke stadium walaupun cuba ditenangkan oleh rakan sepasukan.

Selain Mbeumo, pemain pinjaman United di Trabzonspor iaitu Andre Onana dan sasaran perpindahan The Red Devils, Carlos Baleba turut hampa apabila gagal membawa negara mereka ke Piala Dunia.

Sebagai rekod, Cameroon cuma gagal tiga kali ke Piala Dunia sejak 1982 dengan mereka adalah negara Afrika paling kerap layak ke kejohanan tersebut sebanyak lapan kali. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram