MANCHESTER UNITED mungkin telah menemui Eric Cantona baharu selepas salah seorang bintang mereka digelar sebagai mastermind di sebalik kemenangan dramatik 2-1 ke atas Liverpool di Anfield, England pada Ahad.
Kemenangan itu menyaksikan Harry Maguire dan Bryan Mbeumo masing-masing meledak gol untuk Man United, manakala pasukan tuan rumah pula mendapat jaringan tunggal menerusi Cody Gakpo.
Menariknya, seorang lagi pemain di bawah kendalian Ruben Amorim yang tidak terbabit secara langsung dalam sebarang jaringan menjadi tumpuan selepas disamakan dengan Eric Cantona, legenda Perancis ketika era Sir Alex Ferguson.
BACA LAGI: [VIDEO] Menang di Anfield, 3 bintang Man United dapat pujian Amorim
BACA LAGI: Cuma ada 16 peratus peluang untuk menang, Man United berdepan cabaran getir berdepan Liverpool
Cantona dikenali sebagai figura yang merevolusikan gaya permainan United dan membentuk imej Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai pentas bola sepak bertaraf dunia.
Sepanjang lima tahun di Old Trafford, bekas tonggak skuad kebangsaan Perancis itu berjaya menjulang empat gelaran liga, meninggalkan warisan besar yang sukar ditandingi.
Kini, nama Matheus Cunha pula mula disebut-sebut sebagai pewaris aura Cantona selepas persembahan menakjubkan ketika menewaskan Liverpool, walaupun tanpa sokongan penyerang utama iaitu Benjamin Sesko.
| Stephen Warnock (Liverpool fan) on Matheus Cunha:
“I thought yesterday Cunha was OUTSTANDING. Best player on the pitch by a country mile.
“I don’t want to throw out a big name [to compare him to] but I’m going to.. Eric Cantona.”pic.twitter.com/QDZoQ3f2jG
— (fan) Frank(@AmorimEra_) October 21, 2025
Bekas pertahanan Liverpool dan Leeds United, Stephen Warnock turut tampil memuji aksi bintang kelahiran Brazil berkenaan yang dianggap sebagai pemain terbaik perlawanan.
“Saya rasa semalam (Ahad) Cunha benar-benar menakjubkan. Pemain terbaik di atas padang, jauh mengatasi yang lain. Dia berjaya mengekalkan bola, mengurangkan tekanan terhadap pasukannya dan memenangi sepakan percuma pada waktu penting.
“Ia salah satu detik di mana anda terfikir, saya tak mahu sebut nama besar tapi saya akan sebut juga iaitu pengaruh Cantona. Dia ada aura itu. Dia ada kewibawaan ketika menyarung jersi United, dan seolah-olah berkata 'Ya, saya sukakannya. Tiada masalah untuk saya. Beri saya bola walau dalam situasi sukar'.
"Ada satu momen lewat dalam perlawanan dan saya benar-benar terpegun ketika memberi ulasan. Tiga pemain mengepungnya tapi dia langsung tidak panik. Sebaliknya dia tenang dan penuh keyakinan," katanya kepada BBC 5 Live Sport.
How tf did Matheus Cunha manage to keep the ball in these situations.
Unbelievable player.pic.twitter.com/CGKtRIF7u6
— Kev 屮 (@UtdKev8) October 20, 2025
Warnock yang juga penyokong tegar The Reds turut menyifatkan detik lewat permainan Cunha sebagai gambaran sebenar ketenangan dan kelas seorang pemain bertaraf tinggi, walaupun dikepung tiga pemain lawan.
Di sebalik pujian terhadap persembahan Cunha, pihak pengurusan United juga wajar diberi kredit apabila langkah pantas mereka menandatangani pemain itu dianggap keputusan strategik yang berbaloi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
