Disebut-sebut ke Terengganu, calon Puskas 2025 pilih kekal lama di Indonesia


  • Podium
  • Ahad, 16 Nov 2025

Rizky Ridho sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Terengganu FC jika kontraknya bersama Persija Jakarta berakhir.

PEMAIN kebangsaan Indonesia, Rizky Ridho menjadi topik hangat arena bola sepak Asia Tenggara selepas tersenarai sebagai calon Anugerah Puskan 2025.

Dia yang menjaringkan gol jarak jauh buat Persija Jakarta ketika berdepan Arema FC dijangka tidak mempunyai sebarang masalah untuk membawa pulang anugerah itu.

Ini kerana pemenang akan dipilih menerusi undian atas talian dengan jumlah peminat bola sepak di Asia Tenggara akan memberi kelebihan buatnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Ulangi sejarah Faiz Subri, bek Indonesia tercalon Anugerah Puskas

BACA LAGI: Kerjasama Terengganu-kelab Indonesia buka pintu, tukar pemain 'suka sama suka’

Rizky Ridho mengharumkan nama arena bola sepak Asia Tenggara apabila tercalon bagi Anugerah Puskas 2026.

Hal itu turut dibuktikan ketika pemain Penang FA, Faiz Subri membawa pulang Anugerah Puskas 2016 dengan penyokong dari rantau tersebut tidak putus memberi undian kepadanya.

Peluang cerah tersebut bukanlah satu-satunya berita baik diterima Rizky minggu ini selepas bek berusia 23 tahun berkenaan diberikan kontrak baharu oleh Persija Jakarta.

Dalam pengumuman dibuat pada Sabtu, juara 11 kali Liga Super Indonesia itu mengekalkan khidmat Rizky sehingga 2028 selepas berpuas hati akan peranannya dalam pasukan.

Kontrak baharu itu sekali gus menyaksikan usaha mana-mana kelab untuk menyambar khidmatnya semakin sukar kerana mereka perlu membayar nilai seperti mana ditetapkan.

Ini termasuk pasukan Liga Super, Terengganu FC yang sebelum ini dilaporkan mahu menandatangni pemain berkenaan selepas tempoh perkhidmatannya bersama Persija Jakarta berakhir.

Terengganu FC dan Persija Jakarta mewujudkan kerjasama dua hala. — Facebook/Terengganu FC

Khabar angin itu timbul selepas kedua-dua pasukan terbabit memeterai persefahaman dua hala dalam memperkukuhkan kerjasama di peringkat antarabangsa.

Jadi, sekiranya terdapat persefahaman antara Terengganu FC dan Persija Jakarta, tidak mustahil sekiranya Rizky berkelana ke Pantai Timur pada musim-musim akan datang.

Hasrat berkenaan bagaimanapun sukar untuk direalisasikan kerana kontrak baharu itu membuktikan pasukan Indonesia terbabit meletakkannya sebagai nadi utama mereka.

Rizky sudah bersama Persija Jakarta sejak 2023 apabila dia menyertai kelab di ibu negara Indonesia itu selepas meninggalkan Persebaya Surabaya.

Dia kemudiannya pantas meletakkan diri sebagai nadi utama kelabnya dengan 73 penampilan sudah direkodkan sehingga menyaksikan barisan kejurulatihan melantiknya sebagai kapten. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram