PENYERANG Terengganu FC, Yann Mabella mengatakan dirinya masih lagi dalam proses untuk pulih daripada kecederaan lutut dialaminya.
Pemain itu memberikan masa sekitar sebulan untuk pulih sepenuhnya dan kembali beraksi untuk Terengganu menjelang Disember.
Mabella yang kini mempunyai 10 gol dalam semua pertandingan memberi bayangan dia akan turun beraksi bertemu Kuching City FC pada 5 Disember kelak.
BACA LAGI: Harimau Malaya sedia segala kemungkinan berdepan Nepal kendalian legenda The Gorkhalis
BACA LAGI: Kerap tukar jurulatih ganggu rentak pasukan, Selangor wajar laksana reformasi teknikal

Yann Mabella (kiri) dijangka kembali beraksi pada Disember.
"Buat masa sekarang, saya masih dalam proses rehabilitasi. Saya sudah melakukan beberapa pemeriksaan di hospital dua minggu lalu untuk lutut saya dan doktor menjangkakan ia akan mengambil masa sebulan sebelum saya boleh turun semula ke padang.
"Saya sedang melakukan yang terbaik untuk rawatan ini bersama-sama doktor.
"Pada akhir bulan, kita akan lihat bagaimana perkembangan lutut saya, buat masa sekarang, saya cuma fokus kepada pemulihan," jelas Mabella.
Mabella tidak beraksi sejak Terengganu bertemu Kuching dalam aksi suku akhir Piala FA yang menyaksikan skuad Penyu terkandas.
Dengan dia sedang menghitung hari untuk pulih, pemain itu tidak sabar untuk membalas dendam buat Terengganu apabila mereka bertemu The Cats sekali lagi dalam tugasan liga pula. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
